Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 13 September 2011

Khasiat Delima, Pomegranate, Punica granatum

Di zaman dahulu delima dikaitkan dengan kesuburan. Wanita yang inginkan anak tetapi tidak dapat hamil memakan buahnya dengan harapan akan hamil. Setakat mana kesanannya saya tidak dapat sahkan. Perlukan lebih banyak rujukan. Dari bahan bacaan saya orang sekarang ada meminum bahan yang dibuat dari bijinya yang dicampur dengan arak untuk kesuburan.

Akar, kulit batang dan ranting mengandungi alkaloid yang mampu melumpuhkan cacing pita. Ekstrak dari pokok ini diikuti dengan minuman untuk kosongkan usus (purgative) mampu mengeluarkan cacing pita dari sistem pencernaan. Kulit batang pokok delima juga mampu mengubati ceret beret dan digunakan untuk mengubati disenteri. Pokok ini berasal dari Asia dan kini juga ditanam di kawasan subtropika.

Delima, Punica granatum

2 ulasan:

  1. sebuah blog yang sungguh informatif. first time melawat, terus jatuh cinta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat datang ke blog tanamsendiri.com, Mama Haikal

      Padam