Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 12 September 2011

Cara Buat Sabun Sendiri -- 6

Superfattening adalah teknik untuk menambah lemak kepada sabun supaya kurang trace and sabun mempunyai ciri melembab atau moisterising.  Ada dua cara boleh digunakan iaitu tambah sedikit minyak atau kurangkan sedikit alkali (lye).
Apabila saya katakan tambah sedikit minyak, maksudnya anda lebihkan sedikit minyak iaitu mengikut kiraan peratus dari sukatan.  Oleh kerana sabun telah melengkapi proses saponifikasi, sedikit lebihan minyak tidak akan memberi kesan terhadap proses tersebut dan ia mengekalkan ciri serta sifat sabun tersebut.  Lebihan minyak tersebut akan menambahkan ciri melembapkan (moisterising) dalam sabun.
Mengurangkan alkali bermaksud mengurangkan sedikit jumlah lye yang digunakan mengikut peratus sukatan dengan itu menyebabkan sebahagian dari minyak tidak dineutralkan melalui proses saponifikasi dan mengekalkan ciri melembapkan.

2 ulasan:

  1. dimana kita boleh mendapatkan lye itu?

    BalasPadam
  2. Lye adalah bahan alkali yang juga dikenali sebagai sodium hydroxide atau natrium hidroksida. Ada yang dapatkannya melalui kedai hardware. Saya dapatkannya dari pembekal barang makmal sekolah.

    BalasPadam