Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 1 Oktober 2011

Benih Untuk Dikongsi (Oktober) -- Sawi Fair Lady (Extra dwarf) Nai You Pak Choy, baka 330

Untuk Bulan Oktober, tanamsendiri.com akan berkongsi benih Sawi Fair Lady (Extra dwarf) Nai You Pak Choy, baka 330 untuk disemai. Sawi ini adalah dari jenis batang putih dan daun berlipat.  Saiz pokok amat kecil iaitu dalam 12 cm sahaja.  Masa tuai singkat, enak dibuat ulam  dan cantik juga jadi hiasan kalau ditanam dalam pasu.

Sawi renek dengan batang bewarna putih.  Sawi ini kalau ditanam sendiri rapuh dan rangup dimakan mentah.  Enak dimasak kicap atau dibuat ulam.



Benih Sawi Fair Lady Nai You Pak Choy Extra Dwarf, Baka F1, 330


Untuk dapatkan benih ini, sila emelkan nama dan alamat ke [email protected] Benih akan dikirim secara percuma.


4 ulasan:

  1. Salam Saudara Iskandar, saya dah terima benih utk bulan September dan Oktober sekaligus..terima kasih banyak-banyak saudara..

    BalasPadam
  2. Waalaikum salamSdr Audinur29,
    Sama-sama.

    BalasPadam
  3. Salam En. Iskandar,

    Benih yg dikirimkan telah selamat sampai dan roselle dan ketumbar telah pun selamat disemai..

    BalasPadam
  4. Salam Ms Pinkie Rabbit,
    Alhamdulillah. :)

    BalasPadam