Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 15 Mei 2013

Benih Untuk Dijual -- Labu Manis (Pumpkin) benih OP


Pokok Labu Manis adalah pokok yang menjalar serta menghasilkan sulur paut.  Ia adalah pokok merayap dan jika terdapat ancang akan memanjat.  Pokok ini memerlukan ruang yang banyak untuk merayap ndan tahan panas.  Pucuk dan buahnya boleh dimakan.  Buah labu manis mempunyai kulit yang berwarna kelabu oren kemerahan.  Ketika petik, biarkan tangkai melekat pada buah kira-kira 2 inci panjangnya.  Buah boleh disimpan lama dan tidak akan rosak.

Buah berbentuk serban.


Setiap pek mengandungi 5 benih.
5 pek RM10.00


Cara Memesan Benih


Labu manis, enak dibuat sekaya, custard atau sayur lemak.

9 ulasan:

  1. Alhamdulillah, Puteri Purnama telah menikmati hasilnya. Labu ni kalau dibuat Kaya Labu untuk bulan puasa amat enak!
    Blog DalamLingkaranIni

    BalasPadam
  2. oh ini labu manis baka op ye.sangat tebal dan isinya padat..masih ada sebiji dalam simpanan.tahan disimpan labu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Saya pun masih ada simpan beberapa biji hasil dari tanaman tahun lepas. :)

      Padam
  3. Saya ada tanam tapi sentiasa tak menjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya benih labu mudah bercambah. Oleh kerana sebahagian besar daripada cambahan adalah air, ia mudah diserang kulat. Siput babi dan belalang pun gemar memakannya. Ketika kecil,lindungi cambahan. Di sebelah petang, saya serkup dengan botol mineral yang dibuang pangkalnya. Sebelah pagi saya keluarkan botol tersebut.

      Padam
  4. Saya ada menamam beberapa pokok labu kuning sebagai percubaan. Semasa pokok pokok tersebut sedang membesar batang pada bahagian pangkal menjadi rosak ( lembik ) . Saya tidak tahu kenapa. pohon pandangan dan nasihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu penyakit reput batang, damping off. Ia adalah serangan kulat kerana tanah terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang elok. Untuk kurangkan risiko serangan, letak semaian di bawah cahaya yag terang.

      Padam
  5. salam saya ingin mengcuba menanam pokok labu manis.Tanah separuh berbukit adakah ia sesuai .Apakah tanaman lain yang juga sesuai di tanam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adalah kawsan terima cahaya pagi sepenuhnya?
      Apakah jenis tanah utama di situ?

      Padam