Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 28 September 2011

Benih Baru Bulan Ini

Pada bulan ini saya telah mendapatkan beberapa benih sayur dan tumbuhan yang baru.  Benih ini diperolehi dari penjaja benih di ruang letak kereta pasar Chukai, Kemaman iaitu di Terengganu.  Benih-benih tersebut akan dijual melalui blog ini setelah saya uji tahap percambahannya.  Saya akan hanya menjual benih yang mempunyai kadar percambahan 90% ke atas.  Benih tersebut adalah dari negara jiran iaitu Thailand.

Antara benih yang saya perolehi ialah sweet pea, garden pea, cleome iaitu pokok mamam, terung panjang (saiz buah lebih kecil dari jenis yang saya tanam sekarang), hairy basil iaitu kemangin, labu manis, sawi, dan cili kuning 929.  Saya juga ada memperolehi benih pokok bunga iaitu petunia, coneflower, Cosmos bipinnatus, balung ayam, chinese-forget-not, Chrysanthemum, dan Gomphrena globosa.

Selain dari itu saya juga ada menerima benih baru yang memang telah diuji dan akan ditambah ke dalam senarai benih yang saya jual.  Benih yang saya maksudkan ialah benih jagung manis silver strike baka F1 2328, brokoli, cauliflower, petola, labu manis berbentuk butternut yang dikenali sebagai Fajar (baka f1 1122), tembikai batu, tembikai wangi, betik dan butternut.   

Benih yang telah diperolehi di Kemaman.


Saya juga memesan benih bunga matahari bersaiz besar dan masih lagi dalam perjalanan.  Diharapkan akan terima dalam seminggu ini kerana inilah masa yang sesuai untuk menanam tanpa perlu menyiram setiap hari.  :)

Diharap kita akan dapat lebih pilihan benih dari tanamsendiri.com untuk kita cuba dan nikmati hasilnya.

Untuk bulan Oktober, benih kongsi ialah Nai You Pak Choy Extra Dwarf.  Sawi jenis ini mempunyai batang putih dengan saiz pokok yang kecil iaitu kira-kira 15 cm sahaja.  Sawi ini enak dimasak atau dimakan sebagai salad.
 

3 ulasan:

  1. Saya cadangkan En.Iskandar meletakkan bersama-sama gambar pokok/sayur/buah/bunga di dalam senarai benih untuk di jual.

    BalasPadam
  2. Saranan yang baik. InsaAllah gambar akan diletakkan.

    BalasPadam
  3. usaha en.iskandar ni memang patut dihargai...
    sebelum ni, saya banyak mendapatkan benih secara online dari luar negara.. harganya bila tukar duit kita agak mahal la sikit.. dicampur lagi kos pos.. tapi yang baiknya benih mereka agak berkualiti...berbaloi la jugak...

    BalasPadam