Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 5 September 2011

Alatan -- Gunting Pemotong Dahan (Lopper)

Pokok buah-buahan biasanya perlu dipangkas supaya tumbuh tunas baru dan berbunga.  Kebiasaannya saya gunakan gergaji kerat yang dikhaskan untuk memangkas.  Namum begitu kadang-kadang pokok cedera ketika menggergaji.  Cara yang lebih elok adalah dengan menggunakan gunting pengerat dahan (lopper).  Gunting ini mempunyai mata yang sama dengan gunting kebun yang lain tetapi dengan pemegang yang panjang.
Pemegang yang panjang membuatkan daya memotong lebih kuat dan pemotongan lebih mudah.
Saya gunakan gunting pemotong yang dibenamkan dengan gigi giar (gear) dengan tiga gigi.  Ini menyebabkan saya hanya perlu kenakan daya hanya 1/3 dari daya biasa ketika memotong.   

Gunting pemotong dahan. Model ini lengkap dengan giar.

3 ulasan:

  1. Nak tanya, ada brand tertentu ke nak beli alatan ni?

    BalasPadam
  2. Ada banyak jenama yang dijual di kedai. Semuanya berfungsi dengan elok. Pilihan adalah bergantung pada bajet kerana ada alatan yang mahal harganya. Saya guna jenama Fiskars dari PowerGear. Lopper 21 inci yang saya gunakan sangat ringan. Alatan ini dibuat di negara China.

    BalasPadam
  3. salam encik iskandar...
    Bleh x nak tau encik beli kat mana lopper ni...nama kedai dan lokasi...terima kasih ..:)

    BalasPadam