Fosforus
Nutrien ini lazimnya boleh didapati dalam tanah. Namun begitu kadang-kadang ia tidak dapat diserap oleh tumbuhan kerana fosforus bergabung dengan besi dan aluminium untuk membentuk fosfat. Fosfat tidak larut dalam air dan tidak dapat diserap oleh tumbuhan.
Kalau anda gunakan baja komersial yang mudah larut dalam air sekalipun, hanya 15 ke 20% fosforus sahaja diserap oleh tumbuhan. Dari pembacaan yang saya buat, 90% dari fosforus yang ada dalam tanah tidak dicapai oleh tumbuhan, 9% sukar dan capai dan hanya 1% sahaja sedia dicapai oleh tumbuhan.
Agak sukar untuk menguruskan fosforus kerana ia sedia ada dalam tanah tetapi tidak dapat diserap oleh tumbuhan. Jadi, kita bukannya perlu tambah fosforus ke dalam tanah kerana is sedia ada. Kita perlu fikirkan bagaimana tumbuhan dapat menyerap fosforus yang sedia ada dalam tanah.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah, tanah yang anda gunakan untuk menanam mungkin kaya dengan fosforus tetapi pokok yang anda tanam mungkin masih menunjukkan tanda-tanda kekurang fosforus kerana ia gagal menyerap fosforus dari tanah.
Fosforus dibebaskan ke dalam tanah daripada fosfat yang larut sedikit dalam air melalui proses luluhawa sebagai ion, iaitu sebatian yang mempunyai cas elektrik. Apabila fosforus diserap oleh tumbuhan, ia akan dikitar semula oleh makhluk halus (mikroorganisma) dalam tanah dan bahan organik. Hampir separuh dari fosforus yang sedia diserap oleh tumbuhan adalah berada dalam bahan organik.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan