Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 4 Ogos 2011

Menyemai Salad

Selain dari semaian atas tanah, saya juga menyemai beberapa jenis salad dan sawi dengan padat di dalam beberapa buah pasu.  Saya gunakan tanah campur yang kaya dengan bahan organik.  Beberapa jenis sawi pendek dan salad digaulkan dan ditabur ke dalam pasu.  Kemudian saya taburkan tanah dengan rata setebal 2 cm untuk menutup tanah.  Kemudian air disiram.
Selepas tiga hari, kelihatan tumbuh dengan rapat.  Pokok dibiarkan membesar dengan rapat dan akan dituai kira-kira 14 hari selepas disemai. Pasu disiram 2 kali sehari untuk mempastikan pokok mendapat air secukupnya.  Jika anda tidak mempunyai masa untuk menyiram, gunakan pasu bersaiz besar yang dipenuhkan dengan tanah campur.  Pasu yang besar dapat menyimpan lebih banyak air berbanding dengan pasu kecil dan tidak perlu disiram dengan kerap.

Beberapa jenis sawi dan salad ditanam dengan rapat dalam pasu.

Pasu yang mengandungi campuran sawi selepas 2 minggu disemai.

4 ulasan:

  1. nanti mcm mana nak alihkan pokok ?... bole buat entry?...
    Maria selalu semai satu pot satu benih (pot kecik)... pernah satu pot 2 benih tumbuh... lepas tu masa alih bekas susah sbb akar dia bersangkut-sangkut...

    nanti cerita ya... TQ... ^_^

    BalasPadam
  2. Bila dah besar sedikit dalam 2 set daun baru, saya akan gunting sebagian dari pokok dan dijadikan salad. Sedaaap. :) Hanya 3 pokok akan dibiarkan terus membesar.

    BalasPadam
  3. Nanti saya masukkan entri cara mengalih anak pokok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun nak tau cara alihkan cambah an Dari tapak semai an.. Tak sabar nak Tunggu entry itu..

      Padam