Selepas tiga hari disemai, kelihatan anak-anak kangkung menonjol di atas batas. InsyaAllah dapatlah makan kangkung ketika berbuka. Banyak jenis masakan boleh dibuat dari sayur ini.
![]() |
Cambahan kangkung selepas 3 hari disemai. |
Gemburkan dulu tanah sebelum menyemai. Kangkung cepat membesar kalau ditanam di atas tanah yang digemburkan. Saya tanam kangkung di atas batas. Semai biji benih ke dalam lubang sedalam 3 cm. Jarangkan semaian kira-kira 15 hingga 20 cm antara pokok. Saya semai 3 benih satu lubang. Dua dari pokok akan dicabut muda untuk dibuat ulam kira-kira 2 minggu selepas disemai.
Pokok akan dituai secara kerat dan tumbuh semula selepas 3 minggu disemai. Dalam bulan biasa, pokok dituai kira-kira 4 hingga 6 minggu selepas disemai.
Kangkung pada hari ke 10. |
Kangkung pada hai ke 14. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan