Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 14 Ogos 2011

Menyemai Benih Tetapi Tidak Tumbuh -- Bahagian 4 dari 6

Kaedah Menyimpan Biji Benih
Simpan biji benih di dalam bekas yang kedap udara dan kering di tempat yang sejuk jika ingin biji benih tahan lama. Kalau ingin simpan benih sehingga waktu menyemai berikutnya, memadai menyimpan dalam bekas yang kering pada suhu bilik. Jika ingin simpan biji benih lama, elok gunakan kaedah yang lebih baik.

Cara simpan biji benih yang paling elok adalah dalam pek aluminium sebagaimana dibekalkan oleh pembekal benih komersial. Sebaik sahaja pek dibuka, jangka hayat biji benih akan mula menurun sehingga anda tutup semula pek menggunakan pita pelekat (masking tape).
Biji benih tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2 hingga 10 darjah Celsius. Jika disimpan dalam peti sejuk, pastikan bekas kedap udara untuk mengelakkan lembapan dari memasuki bekas melalui udara. Boleh letakkan jel silika untuk menyerap lembapan. Atau letakkan setengah cawan beras ke dalam bekas.

Bekas untuk menyimpan biji benih.  Beras digunakan untuk menyerap lembapan.


Cara terbaik untuk simpan biji benih ialah keringkan biji benih tersebut, simpan dalam bekas kedap udara bersama jel silika atau setengah cawan beras dan bekukan. Lebih sejuk tempat simpan, lebih lama jangka hayat biji benih. Pastikan biji benih benar-benar kering kerana jika masih mengandungi air, ia akan membeku dan membunuh biji benih tersebut.

Bersambung...

4 ulasan:

  1. en.is nak tanya,kalau benih ni simpan dalam freezer boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat yang saya baca tak boleh. Saya tak pernah cuba.

      Padam
  2. encik saya ingin tanya kalau simpan dalam tmpt sejuk contohnye peti sejuk boleh ke??tmpt yg biasa org simpan sayur2 dari pasar..

    BalasPadam