Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 7 Ogos 2011

Menyemai Benih Tetapi Tidak Tumbuh -- Bahagian 2 Dari 6

Benih amat sensitif dan mudah mati jika tidak disimpan dengan cara yang betul atau disalah kendali.  Ketika mengambil kursus cili fertigasi, fasilitator ada memesan jika merokok jangan pegang biji benih secara terus kerana bahan kimia yang terlekat pada tangan (nikotina dan sebagainya) mampu membunuh benih.  (Fasilator tersebut adalah seorang perokok) Jika merokok, basuh tangan dengan sabun sebelum memegang benih.

Setelah kembali dari kursus saya ada bertanya pada pengedar biji benih tentang perkara tersebut.  Dia juga mengesahkan tentang perkara tersebut.  Merokok boleh membunuh biji benih. ;P
Katanya lagi, begitu juga dengan wangi-wangian.  Jika tapak tangan terkena minyak wangi, basuh dengan sabun terlebih dahulu sebelum mengendali biji benih.

Kesimpulannya jika anda ingin mengendali biji benih, pastikan tapak tangan anda bebas dari bahan kimia.

5 ulasan:

  1. Bagaimana pula dengan cara penyimpanan biji benih??Selalunya saya simpan biji benih dalam bekas kedap udara...,adakah cara saya nie betul?

    BalasPadam
  2. salam En,
    dimana harus kita simpan lebihan benih jika tidak disemai?.
    adakah benih akan masuk angin /rosak jika kita menyimpannya terlalu lama?

    BalasPadam
  3. Saya simpan benih yang ingin disimpan lama dalam tupperware dan tape tudung dengan masking tape. Bekas tu disimpan dalam peti sejuk (dalam bahagian dingin, bukan bahagian beku). Yang ingin diguna saya simpan dalam tupperware pada suhu bilik. Ya benih ada had masa. Saya akan bincangkan tentang perkara ini dalam posting akan datang. :)

    BalasPadam
  4. Informasi yang bagus.
    Mengenai cili tu, memang apa yang saya belajar, seorang perokok tak boleh kendalikan biji benih cili ataupun pokok cili selepas merokok. Kena pastikan seluruh badan bersih dari tembakau. Jika tak dikhuatiri akan terkena penyakit mosaic.

    Saya juga menyimpan biji benih soya saya dalam suhu dingin 18-21 C.

    BalasPadam