Cara menyemai sebenarnya tidaklah sukar. Buat lubang yang cetek (tohor) dan masukkan benih. Jadi mengapa ada orang menyemai tetapi benih tidak bercambah? Dari pengalaman saya, jenis tanah yang digunakan memainkan peranan yang penting. Orang baru lazimnya suka beli tanah di pasaraya. Ada bebarapa jenis tanah (medium) yang dijual di sana. Sebenarnya ada antara tanah yang dijual tidak mengandungi tanah langsung. Mereka gunakan bahan organik yang telah dibakar, atau sabut yang digaul dengan bahan organik yang telah dibakar. Bahan ini berbeza dari tanah biasa. Ada medium yang sesuai untuk pokok yang dah besar, tetapi langsung tidak sesuai untuk menyemai benih.
Maksud saya, sifat medium ini berbeza. Ada tanah atau medium yang masam (berasid), ada pula tanah masin (beralkali). Kalau orang sains, mereka ukur sifat masam atau masin tanah menggunakan ukuran pH. Saya cuba elakkan penggunaan takrif ini dalam posting awal tentang tanah dalam tanamsendiri.com kerana sasaran pembaca saya ialah penanam secara hobi. Siapalah yang ada memiliki meter pH atau kit menguji tanah. pH akan saya perkenalkan bila berbincang tentang tanah secara lebih mendalam dalam posting yang akan datang.
Jika ingin menyemai benih, elakkan menggunakan tanah hitam (abu hasil pembakaran bahan organik) atau tanah sabut yang digaul dengan bahan organik yang dibakar. Memang benar tanah sebegini mampu menyimpan air dan kaya dengan bahan organik, tetapi tanah sebegini tidak sesuai untuk percambahan benih. Kalau benih bercambah pun, cambahan tersebut akan reput kerana lembapan.
Jadi, untuk menyemai, elakkan menggunakan tanah yang dijual dengan nama "tanah hitam" atau yang menggunakan "teknologi kompos segera" (bakarlah tu...).
| Tanah ini tidak sesuai untuk menyemai. |
Kalau ingin beli tanah untuk menyemai, beli tanah campur. Biasanya tanah ini mengandungi tanah bakar, tanah liat dan sedikit pasir. Dari pengalaman saya, benih yang disemai dengan tanah campur cepat bercambah. Lagipun tanah ini dijual dengan harga yang murah.
Terdapat juga tanah khas untuk menyemai yang dijual secara komersial. Lazimnya tanah tersebut kaya dengan bahan organik dan telah dicampur bahan kimia anti kulat untuk mempastikan benih yang disemai tidak rosak kerana diserang kulat.
| Tanah ini sesuai untuk menyemai benih. |
| Benih herba dill dalam peket kecil yang dijual di pasaraya yang dikatakan sukar bercambah tumbuh dalam masa 2 hari selepas disemai dalam tanah campur. |
Saya juga pernah menggunakan tanah biasa yang dikorek di perkarangan rumah untuk menyemai. Kalau bimbangkan benih rosak kerana dimakan kulat, cambahkan benih terlebih dahulu. Biasanya benih kacang mudah berkulat kalau disemai dalam tanah biasa. Dalam posting seterusnya, saya akan tunjukkan cara untuk cambahkan benih tanpa menggunakan tanah.
great info thanks! saya beli tanah dari pasar minggu, tapi benih sangat lambat bercambah. bila baca artikel ini, mungkin lebih baik saya guna tanah dikorek sendiri dari belakang rumah.
BalasPadamsaya dah dua kali semai sawi pak choi... tak pernah tumbuh. Ingatkan disebabkan oleh benih ( dibeli dipasaraya ). Mungkin juga sebab tanah... saya guna tanah hitam yang dibeli dinurseri.
BalasPadamInfo yang sangat berguna....Terima kasih.
BalasPadamHanie, you're welcome.
BalasPadamCikgu_math Narizan, tanah hitam perlu digaul dengan tanah biasa sesuai untuk pokok yang dah besar sahaja.
Avia, sama-sama.
jikalau pasir bagaimana pula? ataupun penggunaan tanah gambut (peat moss)?
BalasPadamTanah berpasir boleh digunakan untuk menyemai. Akan tetapi tanah ini tidak dapat menyimpan air dan nutrien pula dilunturkan bersama air ketika hujan atau ketika menyiram. Elok gunakan tanah pasir yang digaulkan dengan kompos atau baja organik.
BalasPadamTanah gambut amat sesuai digunakan untuk menyemai benih kerana keupayaannya menyimpan air serta kandungan nutrien yang ada di dalamnya. Lagipun ia tidak mengandungi abu yang tajam yang boleh menyebabkan anak pokok terluka (abrasion)jika terkena hujan.
terima kasih. di mana boleh saya membeli tanah gambut (peat moss)? boleh encik cadangkan? saya tinggal berdekatan Ipoh, Perak.
BalasPadamBiasanya ada dijual dinursery yang jual pokok orkid dan bunga yang lain. Ia dipek secara komersial.
BalasPadambenih kena yang bagus juga kan ,,tapi susah nak bezakan la,,
BalasPadamYa, memang sukar dibezakan, tapi ada bezanya. Orang yang biasa dengan benih dapat membezakannya.
PadamTiap2 pagi i cangkung tunggu anak pokok tak kluar. Sgt stress nak give up. I used tanah hitam. Will use tanah campur or tanah khas. Tq for this valuable information
BalasPadamYou're welcome. :)
PadamADOOIIII
PadamEN.IS...
BENIH YANG SAYA BELI TAK MENJADI LA....
KENAPA YA,,
BILA SAYA KOREK TANAH TU SEMULA TENGOK BENIH STILL MACAM TU JA,
TAKDE PERUBAHAN PUN,
NAK DI IKUTKAN DAH NAK MASUK 2 MINGGU DAH SAYA SEMAI,,,,
Benih apa yang tak menjadi?
PadamTerima kasih , ttp dimana ada menjual tanah campur yang En.Iskandar sebut...i pergi nurseri ttp tanah yang dicampur semuanya hitam...i tinggal kat klang...i pernah semai benih tomato menggunakan tanah organik yg dikatakan sesuai utk semai benih, tapi satu pun tak menjadi...
BalasPadamMungkin tanah yang saudara beli lebih sesuai untuk pokok yang dah besar, bukan untuk semaian. Saya sedang memikirkan cara untuk memperkenalkan tanah atau medium yang sesuai untuk semaian.
PadamBagaimana kalau en. Is sarankan beli sahaja peat mos? Tidakpun jiffy untuk biji benih besar.
PadamBetul juga tu. Kalau peat moss biasanya tiada masalah.
PadamCuma peat moss yang saya lihat di kedai pertanian adalah dalam bentuk pek guni besar. Tiada yang kecil 3-4 kg.
PadamMungkin saya boleh campurkan terus tanah semaian dengan biji benih dalam bekas kecil dan jual terus sebagai sampler. Rakan rakan boleh celup air dan tunggu sahaja. Bila dah sedia, baru alih ke bekas yang besar. Jadi dalam pakej, sediakan juga kondisyener tanah. Hmmm....
PadamEn iskandar, kebanyakkan tanah yg saya beli.. dia tulis tanah organik.. tapi bila dibuka.. nampak ada sabut.. kalau saya campurkan dengan tanah biasa boleh digunakan untuk semaian tak? harap dapat membantu...
BalasPadamTak boleh digunakan kerana terdapat risiko jangkitan kulat.
Padamsalam En Iskandar dan salam semua...saya cadangkan membenih guna span ...gunting jadikan macam buah dadu ...tebuk di tengah dan masukkan benih ... rendam span yang ada benih ke dalam air....dalam sepuluh biji benih direndam, 8 atau 9 pasti tumbuh.....setelah tumbuh selepas beberapa hari tanamlah ke tapak semaian bersama-sama span tersebut.....insyaallah berhasil...Terima Kasih..
BalasPadamBagus idea ni. InsyaAllah saya akan cuba.
Padam