Buah Seribu Manis |
Buah Seribu Manis menjadi kesukaan burung. Apabila buah ranum petik dengan segera atau buah tersebut akan menjadi habuan burung. |
Buah seribu manis, atau diterjemah secara terus dari Bahasa Inggeris beri ajaib (miracle berry), nama sains Synsepalum dulcucum bukannya pemanis seperti gula. Ia membuatkan makanan lain yang dimakan selepas memakan buah tersebut terasa manis. Gigit dan biarkan buah berada di atas lidah selama beberapa minit. Selepas itu jika anda memakan buah lain, misalnya limau nipis tidak lagi merasa masam tetapi sangat manis.
Makanan yang anda kecap semuanya akan terasa manis sehingga 6 jam selepas memakan buah seribu manis.
Tak pernah lagi mencuba rasa buah seribu manis tapi tengok buahnya dalam gambar ini teringat kawan saya yang membuat projek tahun akhir mengenai buah seribu manis (miracle fruit) ini. Cadangnya nak ambil sepokok selepas dia habis projek. Buat tanam di halaman rumah.
BalasPadamPokok ni menarik, buahnya boleh dijadikan penarik perhatian bila berkumpul terutamanya ketika makan-makan. Di halaman rumah pula ia menarik burung-burung liar. Pokok ini membawa rahmat pada pemiliknya.
BalasPadamKawan kaji tentang apa tentang pokok ini dalam projek akhirnya. Mungkin ada dapatan yang boleh dikongsi bersama.
Kawan saya membuat kajian kesan biochar terhadap pertumbuhan anak pokok buah ini. Dia mencampurkan biochar dengan tanah campuran biasa. Kemudian melihat kesannya dalam masa 6 bulan.
BalasPadamSetakat ini projek dia masih berjalan. Saya tak tahu keputusannya lagi.
Assalamualaikum..benih untuk buah seribu manis ini ada dijual ke?
BalasPadamWaalaikum salam,
Padamketika ini tiada stok benih tersebut.