Seminggu sebelum ramadhan kami sekeluarga berkunjung ke rumah bakal menantu untuk tujuan merisik. Satu dari dulang hantaran diisi dengan buah-buahan. Terlintas untuk masukkan sekali buah betik sulong yang sedang ranum. Petik terus ke dulang hantaran. Roselle digunakan sebagai penyeri.
Beberaa hari kemudian ada terima maklum balas, bakal bsan bertanya di mana beli betik kerana rasanya manis. Betik tanam sendiri organik, memang manis dan enak. Berbaloi sebagai hantaran.
 |
Merisik bakal menantu; betik dan roselle menjadi hantaran. |
 |
Betik sulong menjadi pengisi dulang hantaran. |
cantik!! one day mungkin org akan buat hantaran sayur-sayuran organik.. mana tau kan XD
BalasPadamBagus juga idea tu. Lengkap dengan sos rojak buah atau salad dressing. :)
BalasPadam