Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 10 Julai 2011

Tanam Sendiri -- Sawi Hong Kong

Ada banyak jenis sawi yang anda boleh perolehi benihnya.  Antara sawi yang dimaksudkan ialah sawi hong kong.  Kebiasaannya sawi digoreng atau dimasak dan dimakan sebagai lauk nasi.  Bagaimanapun, jika anda tanam sendiri, sawi hong kong juga enak dimakan mentah sebagai salad jika ia baru dipetik dan masih rangup.  Sawi hong kong yang dibeli di pasar lazimnya tidak enak dimakan mentah kerana ia kurang rangup dan pahit.

Lokasi
Sawi boleh ditanam di dalam bekas atau di atas tanah, iaitu di atas batas.  Pastikan lokasi pilihan menerima cahaya matahari pagi.  Pastikan tanah kaya dengan bahan organik.  Seeloknya letakkan baja sekurang-kurangnya dua minggu sebelum menyemai.  Pastikan tanah digemburkan untuk mempastikan tanah mempunyai udara yang mencukupi. 

Menyemai
Semai sawi hong kong menggunakan biji benih.  Sebelum ditabur, gaulkan benih dengan tanah untuk menjarangkannya.  Kemudian tabur di atas batas.  Tutup dengan tanah sedalam 2 cm iaitu kira-kira 3/4 inci.

Menjarang
Selepas dua minggu iaitu selepas dua set daun baru tumbuh, gunting pokok yang terlalu rapat.  Jarakkan antara pokok kira-kira 10 cm (4 inci) jika anda ingin ambil daun sahaja (potong dan biarkan terus tumbuh) ataupun 30 cm (12 inci) jika anda ingin tuai seluruh pokok.

Penjagaan
Cabut rumpai yang tumbuh di atas batas atau di dalam bekas untuk mengelakkan persaingan air dan nutrien.  Sawi hong kong mempunyai akar yang pendek, jadi pastikan ia disiram selalu.  Ini untuk mengelakkan pokok layu dan mula berbunga (bolting).

Sekiranya anda semai di dalam bekas semaian, pastikan anda kukuhkan dulu pokok sebelum mengalihnya.  Untuk kukuhkan pokok, alih bekas semaian ke tempat panas selama beberapa hari.  Apabila pokok kelihatan kebih keras, alih ke tempat yang kekal atau ke dalam bekas yang lebih besar di waktu petang.  Jangan alih di waktu pagi kerana pokok akan layu di waktu tengahari yang terik.

Tuai
Anda boleh petik daun yang ingin dimakan (cut and comeback) atau cabut seluruh pokok.  Biasanya, pokok sesuai dituai antara 8 hingga 12 minggu.




 
Anak sawi hong kong belum dijarangkan.  Anak pokok yang dipotong boleh dimakan sebagai salad.

2 ulasan:

  1. Banyaknye dalam 1 bekas. Nak menjarangkan tu maksudnya tarik satu2 anak pokok alih tempat lain ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih elok gunting pokok yang lemah. Jika tarik akan rosakkan akar pokok yang kuat. Anak pokok yang dikerat boleh buat salad

      Padam