Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 22 Jun 2012

Tanam Sendiri -- Salad

(Posting asal 7 November 2011 di bawa ke depan untuk tujuan perbincangan)
Salad Summer Green adalah antara salad yang sesuai ditanam di negara kita (Malaysia).  Salad ini tidak membentuk jantung.  Ia menghasilkan daun yang tercerai, jadi anda boleh tuai daun sahaja (cut and comeback) atau tuai seluruh pokok.  Benih salad ini boleh diperolehi melalui blog ini.  Pada bulan ini benih salad ini dikongsi secara percuma.

Anda boleh tanam salad Summer Green dalam bekas (pasu) atau di atas tanah.  Pek yang dibekalkan melalui blog ini cukup untuk ditanam dalam batas di belakang rumah.  Kalau tanam dalam bekas, anda boleh semai 3 biji benih dalam satu bekas.  Pastikan bekas yang anda gunakan diletakkan di tempat yang mendapat cahaya matahari di waktu pagi.  Begitu juga lokasi tanaman, pastikan mendapat cahaya matahari di waktu pagi untuk mendapat saiz daun salad yang besar.

Benih Salad (Selada) Summer Green boleh diperlehi dari blog ini
Menyediakan Tanah
Jika tanam di atas tanah, gemburkan tanah terlebih dahulu menggunakan cangkul.  Gaulkan dengan bahan organik, misalnya kompos atau baja organik.  Biarkan kira-kira dua minggu supaya bahan sebati dengan tanah.  Jika tanam dalam bekas, gaulkan tanah dengan baja organik atau kompos.

Menyemai
Semai benih terus di atas tanah dalam lubang sedalam 2 hingga 3 cm.  Letakkan 3 benih satu lubang.  Jarakkan lubang kira-kira 20 cm jika anda ingin petik daun atau 30 cm jika anda ingin tuai seluruh pokok. 
Jika semai dalam bekas, letakkan 3 benih dalam satu lubang sedalam 2 hingga 3 cm.  Jika anda inginkan pokok yang padat, letakkan 3 lubang dalam satu pasu.  Siram untuk lembapkan tanah.  Benih akan bercambah dalam masa 3 hari.

Menjarang
Selepas 2 mingggu atau 2 set daun kekal tumbuh, jarangkan pokok.  Jangan cabut pokok yang ingin dibuang kerana ini mungkin akan merosakkan akar pokok yang anda kehendaki.  Potong pokok yang ingin dibuang dengan gunting kebun.  Biarkan pokok yang paling besar dalam satu lubang.  Jika anda inginkan pokok yang padat, biarkan dua atau tiga pokok tumbuh dalam satu lubang.

Menjaga
Siram pokok setiap hari untuk pastikan tanah idak terlalu kering tetapi jangan sampai air bertakung.  Tanah yang kering boleh menyebabkan pokok mengeluarkan bunga.  Pokok yang berbunga menghasilkan daun yang kecil, bergentian dan pahit.  Cabut rumpai untuk mengelakkan persaingan nutrien dan air.

Menuai
Anda mula boleh menuai daun dari 8 hingga 10 minggu.  Anda boleh tuai seluruh pokok selepas 10 hingga 12 minggu bergantung pada saiz yang anda kehendaki.

Daun pahit
Jika daun salad yang anda tanam rasa pahit, alih ke tempat teduh atau hadang cahaya matahari di waktu tengah hari kira-kira seminggu sebelum dituai.

Untuk pesan benih salad selada summer green.

11 ulasan:

  1. Salam, benih yg dipesan telah diterima, terima kasih ! Saya ada seed starter tray, berapa biji benih diletakkan dlm setiap sel utk biji benih yg kecik seperti ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letakkan 2 benih. Selepas seminggu guntng pokok yang lemah. Tinggalkan 1 cambahan sahaja.

      Padam
  2. macam mana nak dapat benih salad ni?

    BalasPadam
  3. En.is saya semai sld xbrcmbh lnsg kenape ye? Adakah sb tnh xsesuai?sy pki tnh ntk menyemai beli kt peladang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti kandungan tanah tersebut. Emmatam tolong jelaskan.

      Padam
  4. erm. . Yg jual kt situ kata tanh 2 ntk semai ank benh. .tanah tu warna hitam. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tanah tak sesuai. Gunakan tanah yang tiada bahan bakar (abu) di dalamnya.

      Padam
  5. nak tanya pokok salad yang kita beli di kedai, apabila kita abis makan daunnya ada batang dan pucuk dan batang kita tanam boleh hidup tak?

    BalasPadam