Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 9 November 2013

Tanam Sendiri -- Salad

Pelbagai benih salad ada ditawarkan melalui blog tanamsendiri.com
Ada salad yang mengasilkan bola yang padat dan ada salad yang menghasilkan bola yang longgar.  Ada pula salad yang mempunyai daun yang longgar dan tidak membentuk bola langsung.

Anda boleh tanam salad di dalam bekas (pasu) atau di atas tanah.  Pek yang dibekalkan melalui blog ini cukup untuk ditanam dalam batas di belakang rumah anda.  Kalau tanam dalam bekas, anda boleh semai 3 biji benih dalam satu bekas.  Pastikan bekas yang anda gunakan diletakkan di tempat yang mendapat cahaya matahari di waktu pagi.  Begitu juga lokasi tanaman, pastikan mendapat cahaya matahari di waktu pagi untuk mendapat saiz daun salad yang besar.

Benih Salad (Selada) Summer Green boleh diperlehi dari blog ini
Menyediakan Tanah
Jika tanam di atas tanah, gemburkan tanah terlebih dahulu menggunakan cangkul.  Gaulkan dengan bahan organik, misalnya kompos atau baja organik (pellet tinja ayam) dua minggu sebelum anak pokok disemai atau dialih.  Tujuan dibiarkan selama dua minggu adalah supaya bahan baja terurai dan sebati dengan tanah.  Jika tanam dalam bekas, gaulkan tanah dengan baja organik atau kompos.

Mencambah
Benih salad berlu dicambahkan dalam kehadiran cahaya matahari.  Lembapkan tanah semaian dan tabur benih salad.  Apabila tunas akar kelihatan keluar daripada benih (lazimnya selepas 2 hari), kutip benih dan mula menyemai.

Menyemai
Semai benih terus di atas tanah dalam lubang sedalam 2 hingga 3 cm.  Letakkan 3 benih satu lubang.  Jarakkan lubang kira-kira 20 cm jika anda ingin petik daun atau 30 cm jika anda ingin tuai seluruh pokok. 
Jika semai dalam bekas, letakkan 3 benih dalam satu lubang sedalam 2 hingga 3 cm.  Jika anda inginkan pokok yang padat, letakkan 3 lubang dalam satu pasu.  Siram untuk lembapkan tanah.  Benih akan mengeluarkan tunas daun dalam masa 3 hari hingga 1 minggu.

Menjarang
Selepas 2 mingggu atau 2 set daun kekal tumbuh, jarangkan pokok.  Jangan cabut pokok yang ingin dibuang kerana ini mungkin akan merosakkan akar pokok yang anda kehendaki.  Potong pokok yang ingin dibuang dengan gunting kebun.  Biarkan pokok yang paling besar dalam satu lubang.  Jika anda inginkan pokok yang padat, biarkan dua atau tiga pokok tumbuh dalam satu lubang.

Menjaga
Siram pokok setiap hari untuk pastikan tanah idak terlalu kering tetapi jangan sampai air bertakung.  Tanah yang kering boleh menyebabkan pokok mengeluarkan bunga.  Pokok yang berbunga menghasilkan daun yang kecil, bergentian dan pahit.  Cabut rumpai untuk mengelakkan persaingan nutrien dan air.

Menuai
Anda mula boleh menuai daun dari 8 hingga 10 minggu.  Anda boleh tuai seluruh pokok selepas 10 hingga 12 minggu bergantung pada saiz yang anda kehendaki.

Daun pahit
Jika daun salad yang anda tanam rasa pahit, alih ke tempat teduh atau hadang cahaya matahari di waktu tengah hari kira-kira seminggu sebelum dituai.


-------------------------------
(Posting asal 7 November 2011 di bawa ke depan untuk tujuan perbincangan)

20 ulasan:

  1. Salam, benih yg dipesan telah diterima, terima kasih ! Saya ada seed starter tray, berapa biji benih diletakkan dlm setiap sel utk biji benih yg kecik seperti ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letakkan 2 benih. Selepas seminggu guntng pokok yang lemah. Tinggalkan 1 cambahan sahaja.

      Padam
  2. macam mana nak dapat benih salad ni?

    BalasPadam
  3. En.is saya semai sld xbrcmbh lnsg kenape ye? Adakah sb tnh xsesuai?sy pki tnh ntk menyemai beli kt peladang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti kandungan tanah tersebut. Emmatam tolong jelaskan.

      Padam
  4. erm. . Yg jual kt situ kata tanh 2 ntk semai ank benh. .tanah tu warna hitam. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tanah tak sesuai. Gunakan tanah yang tiada bahan bakar (abu) di dalamnya.

      Padam
  5. nak tanya pokok salad yang kita beli di kedai, apabila kita abis makan daunnya ada batang dan pucuk dan batang kita tanam boleh hidup tak?

    BalasPadam
  6. salam.sy ade beli salad fire red haritu, tp xtumbuh,,sy terus tanam bekas sy xtanam lam seed starter tray tu..selalu berapa lame bru salad bercambah?dan benih perlu rendam dlu ke sebelum tanam? skrg sy confuse bile ade pokok2 kecik dalam bekas tu,,sy main tabur je benih haritu,,sy xtau yg tumbuh tu rumput atau salad..mohon pencerahan. tq wslm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika kaedah serasi, biasanya benih salad Fire Red akan tumbuh dalam masa 2 minggu. Pernah juga saya semai hingga ambil masa sehingga 3 minggu.

      Padam
    2. Benih ni tak perlu rendam. Tapi pastikan tanah sentiasa lembap.

      Padam
  7. kalau nak bagi bercambah akar, letak atas kitchen paper yg lembap boleh tak?

    BalasPadam
  8. saya pun ada tanam tapi tak bercambah. bukan salad je, spinach, lobak putih pun tak bercambah..

    BalasPadam
  9. saya ikut cara semaian dalam blog ni..tapi semai dalam bekas telur.. siram tiap2 hari..tapi tak bercambah..mungkin cuaca terlalu panas ke, tak tahu la..tapi sebelum ni biasa saya semai benih ikut cara2 dalam "WIKIHOW" ...lepas semai tutup dengan plastic , mungkin nak maintain kelembapan kot...semaian bercambah..ke, sebab Tanah....hmm.saya pun heran jugak....ada lagi yang benih yang saya pesan dari blog ni, sayang nak semai balik takut tak naik...tapi bendi yang tanam dah pun berbunga, dan dah ada buah ( walaupun baru sebiji )....nanti saya nak try semai lagi sekali spinah, salad n lobak putih tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastikan tanah yang diguna ialah tanah yang dirumus untuk semaian, bukan tanah untuk pokok yang dah matang.

      Padam