Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 25 Julai 2011

Tanam Sendiri -- Bayam Daun Tajam, Bamboo Dance, Amaranthus viridis Baka F1, 088

Bayam Daun Tajam, atau Amaranthus viridis adalah sayur yang popular di negara kita, Malaysia. Ia mudah ditanam serta kaya dengan vitamin A, B, C dan mineral kalsium dan besi.

Tanah
Bayam sesuai ditanam di tanah yang mempunyai saliran yang baik. Ia tumbuh subur dalam tanah gambut dan juga tanah beris. Anda boleh juga tanam dalam bekas.

Penyediaan Tanah
Jika tanam di atas tanah, elok sediakan batas. Ini untuk mempastikan akar mendapat oksigen. Bayam yang tumbuh di atas tanah yang padat mempunyai isi yang bergentian dan kurang enak dimakan.

Menyemai
Benih bayam amat halus, gaulkan dengan tanah terlebih dahulu untuk menjarangkan benih. Ia lazimnya bercambah dalam masa 3 hari. Semai benih dengan kedalaman kira-kira 1 cm. Setelah pokok mula membesar, jarangkan dengan jarak 8 hingga 10 cm.

Semaian selepas hari ke 3.

Semaian hari ke 3.

Semaian hari ke 6.


Semaian hari ke 6.
Anak bayam daun tajam, hari ke 13.

Anak bayam daun tajam, hari ke 14.   Anak pokok sedia untuk dijarangkan.
Bayam hari ke 21.


Membaja
Gunakan baja organik kira-kira dua mingga selepas menyemai.

Menyiram
Bayam perlukan banyak air jika inginkan pertumbuhan yang pantas. Ketika musim panas seperti sekarang, seeloknya, siram dua kali sehari.

Merumput
Buang rumput secara manual. Ini perlu dilakukan selalu untuk mengelakkan perebutan ruang, air dan nutrien.

Makhluk Perosak
Bayam digemari oleh ulat dan belalang. Kutip makhluk perosak dan musnahkan secara manual. Bayam lazimnya bebas penyakit.

Menuai
Tuai bayam 3 hingga 4 minggu selepas disemai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan