Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 1 Julai 2011

Tanam Roselle dengan Keratan Batang

Ada antara rakan bertanya, kalau kangkung, keledek dan malberi boleh ditanam dengan menanam batangnya, mengapa tidak dengan roselle?  Sememangnya kalau kita tanam kangkung atau keledek dengan mencucuk batang, kita akan mendapat hasil lebih cepat dari jika ditanam dengan benih.  Kaedah ini dikenali sebagai kaedah propagasi.  Saya pun dulu pernah menanam kangkung dan keledek dengan mencucuk lebihan sayuran yang dibeli di pasar.  Saya akui hasilnya lebih cepat dapat dituai.  Cuma, kalau kita nak berkongsi benih, tak sesuailah kalau saya kirim batang kangkung atau keledek.  Lebih sesuai kalau dikirim benih.

Ada tumbuhan lebih sesuai ditanam secara propagasi.  Misalnya malberi.  Kalau ditanam dari benih yang sangat halus, ia mengambil masa sehingga 8 tahun untuk berbuah.  Kalau anda tanam dengan keratan batang, ia akan mula berbuah selepas beberapa bulan.  Jika anda ingin pokok malberi berbuah, anda cuma perlu pangkas batang supaya tumbuh ranting yang baru.  Ini kerana malberi hanya mengeluarkan buah melalui ranting yang baru.

Sebenarnya kalau bertanam secara komersial, semaian dari benih ada kelebihannya. Saiz tuaian adalah lebih sekata.  Kalau bertanam secara hobi, mana-mana yang boleh dituai dengan cepat dan enak dimakan lebih digemari.  Dari pegalaman saya, kangkung, keledek, asam susur, kadok, pudina, tarragon, stevia dan malberi semuanya sesuai ditanam dengan keratan batang. 

Jadi, soalannya bolehkah roselle ditanam dengan batang?  Lagipun sebelum ini saya ada nyatakan elok dipangkas pokok roselle yang terlalu tinggi untuk menghasilkan buah yang lebih besar dan pokok yang tidak rebah ke tanah.  Membazir kalau keratan tersebut dibuang begitu sahaja. Saya telah mencuba mencucuk hasil keratan roselle dari pokok yang saya pangkas.  Hasilnya saya akan poskan di posting ini.

Keratan selepas pada hari ke 7. Pucuk telah mula tumbuh. Terdapat juga putik muda tumbuh tetapi mempunyai warna hijau.


Planting Roselle Using Cuttings
A gardening friend asked if we can plant roselle using cuttings. If water convulvus, sweet potato, mulberry can be planted by cuttings, why not roselle? You can get faster result if you plant water convulvus, sweet potato and mulberry using cuttings compared to using seeds. This method is called propagation. I used to plant water convulvus and sweet potato using this technique and the result was satisfying. It is fast and hassle free. However, if you want to share parent plants by mail, it is not as convenient as by sharing seeds.


There are plants that thrives better by propagation, for example mulberry. The plant took eight years to start producing fruits. If you plant using cuttings, it will bear fruits in less than a year. All you need to do is prune the old branches because mulberry only bear fruits via new branches.

If you grow vegetable for commercial use, you are better off planting using seeds. The crops are more consistent in size and taste. However, if you plant for fun, any method is OK as long as you got good crop that tastes good. Size does not matter. From my experience, vegetable, herbs and berries thrives well using propagation.

So, back to the original question, can roselle be planted using cuttings? Why not. I did planted roselle using cuttings. The result will be posted in this entry.

Photo - Cuttings on day 7.  Young shoots started to appear.  There is a green-colored young fruit on one of the cuttings. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan