Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 11 Julai 2011

Tanam Dalam Bekas -- Herba

Alhamdulillah hari ini sempat luangkan masa untuk menanam beberapa jenis herba di dalam kotak kayu.  Kotak ini agak besar dan memerlukan tanah yang banyak (10 beg plastik).  Untuk mempastikan tanah tidak mampat, saya telah mencampurkan lima beg plastik sabut, daun dan ranting kering, 1 kilo kepala ikan bilis yang telah rosak dan tiga cawan pellet tinja ayam.
Bekas ini ditanam dengan beberapa jenis pokok herba termasuk thyme, oregano, parsley, tarragon, kesom, stevia dan lemon balm.  InsyaAllah saya akan postkan lagi gambar bekas ini untuk kita sama-sama kongsi perkembangan herba tersebut.

Foto 1 --Kotak herba - hari pertama

Selepas satu minggu, bahagian tanah yang terdedah mula dilitupi daun.

Foto 2 --Kotak herba - hari ke 7.

Foto 3: Kotak herba hari ke 14.


Foto 4: Kotak herba hari ke 21.


Grow in Container -- Herbs
Thank God today I have enough time to transfer a few herbs into a wooden box.  This is a big box.  To fill it I needed 10 bags of soil.  To improve the soil structure, I added 5 bags of coconut husk, leaves mold, 1 kg of fish meal, and 3 cups of chicken dropping pellets.  
The box were planted with herbs including thyme, oregano, parsley, tarragon, water pepper, stevia and lemon balm.  I will post more pictures of the herb box as the growing progresses.

Photo 1: Herbs box, day 1.

After  a week, the exposed soil is covered with leaves.


Photo 2: Herbs box, day 7.
Photo 3: Herbs box, day 14. 
Photo 4: Herbs box, day 21.

 

5 ulasan:

  1. Tak apa ke ditanam bercampur-campur begitu? Tak ke nanti kesum berasa oregano ke apa ke??

    BalasPadam
  2. Tak apa, dah biasa buat begini. InsyaAllah ruang dalam akan penuh dengan stevia, lemon balm, tarragon dan kesum. Parsley tak guna ruang yang banyak. Thymes dan organo akan terjurai menutup kotak.
    Rasa herba tak bercampur. :)

    BalasPadam
  3. encik Is, lepas cubaan tanam dalam pasu kecil kurang memuaskan, saya beli dari amcorp mall lepas tu, tanam Rosemary, Oregano, Thyme dan Stevia dalam bekas macam encik tu, cuma kotak tu dari kilang suami i, tahan toksik. Kombinasi saya tu betul tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Cuma perlu ingat, rosemary dan thyme jangan terlebih siram. ia tahan kering tapi tak tahan basah.

      Padam
  4. assalammualaikum....nak tanya, mana saya bole dapat benih2x english herbs nih....sbb di kedah ni macam susah nak jumpa...rosemarry ada...tp bila bawa balik n tanam, mati pulak....huhuhuh..

    BalasPadam