Yang menarik perhatian saya adalah saiz buahnya yang agak kecil berbanding dengan buah dari pokok yang saya tanam. Saiz buah yang dijual di pasar hanyalah kira-kira 1/2 hingga 3/4 dari saiz buah dari pokok yang saya tanam.
Pada permulaannya saya teringin untuk membeli buah tersebut tetapi bila difikirkan, dengan mencampur jenis pokok saya mungkin akan menyebabkan benih pokok saya akan didebunga oleh buah baka tersebut. Oleh sebab itu saya batalkan saja untuk mendapatkan buah tersebut untuk dijadikan baka.
Dalam gambar berikut saya telah letakkan tangan supaya rakan-rakan dapat lihat saiz buah dari pokok yang saya tanam. Ia memang besar berbanding dengan variety yang saya temui sebelum ini. Jika rakan-rakan berminat untuk mendapatkan benih roselle boleh membuat pesanan dari blog ini. Klik di sini.
Saiz roselle dengan tangan penulis sebagai perbandingan saiz. |
Buah roselle yang sihat, boleh tahan saiznya. |
belum pernah minum laa... hantaq sebotol
BalasPadamRasanya seakan-akan jus cranberry. My mom pulak kata rasanya macam Ribena. Mungkin sebab itulah org kampng saya panggil pokok ni Pokok Ribena.
BalasPadam