Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 31 Mei 2012

Petua -- Mendapatkan Mentimun Yang Kurang Pahit

Posting asal 6 Julai 2011, dibawa ke depan untuk tujuan perbincangan...

Ada banyak faktor yang mempengaruhi rasa buah atau sayur yang kita tanam.  Saya yakin rakan-rakan yang menanam sendiri makanan mereka idamkan makanan yang paling enak dimakan.  Kalau mentimun, pasti kita mahukan buah yang rangup dan mempunyai rasa yang tidak pahit.

Buah mentimun dari buah yang disenyawakan mempunyai rasa yang pahit, jadi anda perlu halang proses persenyawaan untuk mendapatkan buah yang tidak pahit. Untuk berbuat demikian, kutip dan buang semua bunga jantan.Tanpa bunga jantan, proses pendebungaan akan terhalang dan buah yang dihasilkan adalah kurang pahit.  Petik buah ketika masih muda.  Petua ini amat sesuai untuk mentimun baka hibrida F1.

Foto 1:  Bunga jantan, perlu dibuang untuk mengelakkan pendebungaan.


Foto 2:  Buah yang terhasil adalah berasal dari bunga betina.  Sekiranya bunga tidak dsenyawakan, buahnya berasa kurang pahit.

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual


Tips -- To Get Less Bitter Cucumber
There are many reasons that contribute to the bitterness of cucumbers.  One of the reasons is the type of cucumber.  An unfertilised cucumber is less bitter compared to a fertilised cucumber.  So, to get a less bitter cucumber you must avoid pollenation.  To avoid pollination, remove the male flowers.  Pick the cucumbers when they are still young.  This tip only works with hybrid (F1) varieties.

Photo 1:  Male flower should be removed to avoid fertilisation of the female flower.

Photo 2:  Young fruit.

18 ulasan:

  1. Eh, yang Malay kata buang buang jantan, yang English kata buang bunga betina? Macam mana nak kenal mana satu bunga jantan dan bila kene buang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Kalo buang bunga betina, abislah... Hmmm, yang jantan... Thanks for pointing out. :)

    BalasPadam
  3. saya tak tahu di mana silapnya... buah timun saya tak membesar sempurna... ianya bengkok, besar separuh shj...
    tak tahu apa masalahnya - kurang baja... atau kurang air... atau serangan serangga perosak... saya dah google tp tak dpt info... harap sudi membantu... terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. buah timun jepun saya juga dah mula membengkok :(

      Padam
    2. Nambaknya kena siram booster. Nanti ingatkan saya, akan letak dalam posting. Perlu semak ramuan yang tepat terlebih dahulu.

      Padam
  4. Eja kirimkan gambar ke emel saya untuk diteliti.

    BalasPadam
  5. cemana nk tau bunga jantan ke bunga betina?

    BalasPadam
  6. Soalan yang baik, Adniksda.
    Begini, bunga betina ada buah mentimun yang kecil di pangkalnya. Di hujungnya ada kelopak.
    Bunga jantan tiada bentuk buah mentimun di pangkal, seperti dalam gambar di atas.

    BalasPadam
  7. ic.. tq tuan pasal info nih.. akan praktik untuk timun mini saya yang sedang berbunga sekarang..

    BalasPadam
  8. Cikgu Is, i though kena pollinate baru buah timun akan kekal like what we did for pumpkin? Alamak....rupa-rupanya have to buang semua bunga jantan....i jz hand pollinated the timun semalam..yish yish yish

    BalasPadam
    Balasan
    1. Olive, kalau inginkan buah besar dan benih yang bernas memang kena pollinate. Apa yang saya maksudkan ialah baka f1 yang ingin dipetik ketika muda.

      Padam
    2. oh. nasib baik. i terlepas pandang baka F1 tu. Baka F1 tu maksudnya all female flower variety right? Tapi, kalau kita nak jadikan timun F1 too baka (seed for future use), so kenalah pollinate right? Thanks a lot! new knowledge for me.

      Padam
    3. Ya betul tu. Kalau tak pollinate, benih tidak akan menjadi matang dan bernas.

      Padam
    4. Thanks a lot! Cikgu Is!

      Padam
    5. ooo baru saya faham, kalau benih yang ada tulis baka F1 tu bermakna all female flower ye.

      Padam
    6. Ikut variety. ASda yang hermaphrodite, maksudnya ada dua-dua.

      Padam