Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 27 Julai 2011

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 5 dari 20

Sebab Kekurangan Nitrogen Dalam Tumbuhan

Kekurangan Nitrogen
Kemungkinan disebabkan oleh kekurangan nitrogen dalam tanah. Antara faktornya penyebabnya adalah pokok ditanam secara berterusan tanpa menambah nitrogen, nyahnitrifikasi iaitu bakteria mengurai sebatian nitrogen dan mengembalikannya ke dalam udara, lusuh (kerana larut dalam air) atau kerana terlalu banyak bahan organik berkarbon.

Proses nitrifikasi, iaitu mengambil nitrogen dari udara dan mengikatnya ke dalam tanah dilakukan oleh bakteria. Di musim basah, aktiviti bakteria pengikat nitrogen terbantut. Ini boleh mengurangkan kadar proses nitrifikasi iaitu mengambil nitrogen dari udara dan menjadikannya sebatian di dalam tanah. Satu lagi sebab mengapa proses nitrifikasi berkurang ialah pH, iaitu keasidan tanah. Kalau tanah terlalu berasid, aktiviti bakteria pengikat nitrogen terbantut. Ini akan menyebabkan proses nitrifikasi berkurang dan kandungan nitrogen dalam tanah menjadi rendah.

Kandungan nutrien yang tak seimbang juga boleh mengganggu pokok dari menyerap nitrogen dengan sempurna. Pokok perlukan kalsium, magnesium dan fosforus untuk menyerap nitrogen dengan sempurna.

Sumber Nitrogen
Jika pokok menunjukkan tanda-tanda kekurangan nitrogen, jangan terus tambah baja nitrat. Pastikan samada tanah tiada nitrogen, atau pokok gagal menyerapnya. Kalau pokok gagal menyerap nitrogen, tiada guna anda menambah nitrogen ke dalam tanah. Anda perlu selesaikan penyebab kegagalan pokok menyerap nitrogen terlebih dahulu.

Nitrogen tersimpan dalam bahan organik di dalam tanah, dalam sel tumbuhan dan haiwan dan juga dalam ammonium. Jumlah nitrogen yang sedia untuk diserap oleh pokok bergantung kepada keadaan. Jika anda tambah baja nitrogen, hanya separuh sahaja boleh dicapai oleh pokok. Hati-hati jika gunakan baja nitrogen kerana jika terlebih ia boleh menyebabkan pokok melecur seperti terbakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan