Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 18 Julai 2011

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 3 dari 20

Makronutrien -- Nitrogen
Nitrogen adalah nutrien yang lain dari nutrien yang lain. Ini kerana ia tidak ditemui dalam batu induk. Sebatian nitrogen yang ada dalam tanah adalah berasal dari udara. Sebahagian besar dari kandungan udara kita adalah nitrogen. Walaupun begitu, pokok tidak berupaya menyerap nitrogen secara terus dari udara. Pokok menyerap sebatian nitrogen daripada tanah, iaitu dalam bentuk nitrat (NO3) atau ammonium (NH4). Syukurlah ada beberapa cara tumbuhan dapat menyerap nitrogen ni.

Petir adalah satu cara nitrogen masuk ke tanah. Ya petir boleh menghasilkan baja. Kira-kira 5 lb sebatian nitrogen bagi setiap hektar terhasil dari kilat. Kilat yang memanah ke dalam udara menghasilkan nitrogen oksida. Sebatian ini diresap dalam air dan jatuh ke bumi melalui hujan. Bagaimanapun jumlah ini hanya sedikit jika dibandingkan dengan keperluan pokok.

Dalam tanah, kulat dan bakteria bekerjasama (disebut simbiosis) mengikat nitrogen dari udara ke dalam tanah. Makhluk halus ini (disebut mikrob atau mikroorganisma) tinggal di dalam bintil kecil pada akan pokok dari keluarga kacang. Jadi untuk memperkayakan tanah dengan nitrogen, elok juga sekali-sekala anda tanam kacang. Ada juga bakteria pengikat nitrogen yang hidup bebas dalam tanah. Ada juga makhluk halus dalam laut (dari jenis alga biru-hijau) yang mengikat nitrogen. Mengapa bakteria dan kulat ingin mengikat nitrogen? Sebenarnya unsur ini digunakan untuk membina asid amino, iaitu bahan asas untuk membina protin. Lebihan asid amino dikongsi bersama kacang. Sebab itulah kacang kaya dengan protein!

Mineral dalam tanah tidak mengandungi banyak nitrogen. Bagaimanapun lama kelamaan, apabila tanah semakin subur (selepas tanam kacang), bahan organik mula mereput, tanah akan mula kaya dengan nitrogen. Apabila nitrogen mula diserap ke dalam pokok, ia boleh dikitar semula. Jadi, anda hanya perlu tahu cara menguruskannya ketika bertanam nanti.

Bersambung...

2 ulasan:

  1. boleh ke kite tanam kacang tanah di atas sisa kompos( sisa dapur yg ditanam, tp belum hancur)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk elakkan benih dimakan organisma pengurai, elok semai dalam bekas semaian dulu. Bila dah bercambah, alih ke dalam tanah yang dicampur sisa kompos yang dah hancur atau separa hancur. Tapi seeloknya yang dah hancur.

      Padam