Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 14 Julai 2011

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 2 dari 20

Dalam posting yang lalu saya telah nyatakan dua jenis nutrien yang diperlukan mengikut kuantiti iaitu major dan minor.  Berikut adalah 17 unsur atau elemen yang ditemui di dalam tumbuhan.  Nilai dalam kurungan adalah anggaran nisbah unsur tersebut ditemui dalam tumbuhan.

C iaitu karbon (45%)
H iaitu hidrogen (6%)
O iaitu oksigen (45%)

Ketiga-tiga unsur tersebut adalah unsur yang digunakan untuk membina karbohidrat dan ia terdiri dari 96% dari jisim seluruh pokok.  Anda tidak perlu bekalkan bahan tersebut dengan membaja kerana bahan tersebut diperolehi melalui air dan udara.

N iaitu nitrogen (1.5%)
P iaitu fosfor (0.15%)
K iaitu kalium (1.5%)

Unsur di atas dikenali sebagai nutrien primer kerana ia paling banyak diserap daripada tanah.  Ia paling banyak diperlukan dan kerana ia diperlukan dalam kuantiti yang paling banyak, kebanyakan masalah kekurang nutrien dalam pokok adalah kekurang mana-mana bahan tersebut.  Sebab itulah jika anda beli baja komersial am, ia kadangkala ditulis NPK iaitu simbul kimia untuk unsur tersebut.  Ada penjual yang akan beritahu anda baja NPK adalah baja yang lengkap.  Bagaimanapun ini tidaklah benar kerana pokok juga perlukan nutrien minor.

Ca iaitu kalsium (0.5%)
Mg iaitu magnesium (0.2%)
S iaitu sulfur (0.1%) 

Tiga elemen yang dinyatakan di atas dikenali sebagai nutrien sekunder kerana ia masih diperlukan dalam kuantiti yang banyak tetapi tidaklah sebanyak NPK.  Bagaimanapun, kebiasaannya pokok perlukan lebih banyak kalsium dan megnesium jika dibandingkan dengan fosfor.

Unsur N, P, K, Ca, Mg dan S adalah dikenali sebagai nutrien major atau makronutrien.

B iaitu boron (0.002%)
Cu iaitu kuprum (0.0006%)
Fe iaitu besi (0.01%)
Mn iaitu mangan (0.005%)
Mo iaitu molibdenum (0.00001%)
Zn iaitu zink (0.002%)
Cl iaitu klorin

Tujuh unsur di atas dikenali sebagai mikronutrien atau nutrien minor kerana pokok perlukannya dalam kuantiti yang amat kecil.  Kelazimannya, pokok perlukan bahan tesebut untuk membina enzim.  Jika bahan tersebut dibekalkan dengan kuantiti yang banyak, ia akan merosakkan pokok.

Co iaitu kobalt

Kobalt diperlukan oleh tumbuhan kekacang pengikat nitrogen.  Ia tidak digunakan dalam pokok yang lain.  Dalam posting selepas ini, saya akan bincangkan tentang makronutrien.

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan