Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 11 Julai 2011

Nutrien Tumbuhan -- Bahagian 1 dari 10

Bila sebut sahaja tentang nutrien, pertumbuhan tumbuhan yang sihat, unsur dan sebagainya, ada antara rakan-rakan akan merasa takut -- seolah-olah kembali semula ke sekolah.  Seperti belajar sains, susah nak ingat.  Sebenarnya kalau merasakan terlalu rumit, rakan-rakan tidak perlu tahu semua ini.  Saya poskan maklumat ini sebab merasakan apabila rakan-rakan mula serius untuk mendapatkan tumbuhan yang benar-benar sihat, maklumat tersebut mungkin dapat membantu.
Secara asasnya ada beberapa unsur yang diperlukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan pertumbuhan yang sihat. 17 unsur semuanya.  Ada yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak, ada pula yang diperlukan sedikit sahaja.
Unsur yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak dikenali sebagai makronutrien atau major.  Unsur yang diperlukan seikit sahaja dikenali sebagai mikronutrien atau minor.  janganlah salah faham bila saya sebut major dan minor.  Kedua-dua kategori nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan yang sihat, cuma kuantitinya sahaja berbeza.  Major perlu banyak, minor perlu sedikit.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan