Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 20 Julai 2011

Mengukuhkan Anak Cili

Pokok yang disemai tumbuh subur dalam pasu semaian.  Sebelum dialih ke tanah, ia perlu dikukuhkan terlebih dahulu.  Kalau tidak, pokok yang lembut mungkin akan mati akibat kehilangan air yang terlalu banyak ketika dialih.  Ini kerana batang pokok yang lembut segah kerana kandungan airnya.  Jika kehilangan air, ia akan layu.  Anda perlu kukuhkan pokok terlebih dahulu, iaitu gunakan baja pengukuh dan jemur pokok di bawah sinar matahari supaya ia mula hasilkan batang berkayu.  Pokok dengan batang berkayu lebih tahan panas.

Oleh kerana saya tidak gunakan baja kimia, saya akan campurkan baja tinja kambing untuk mengukuhkan pokok.  Kemudian saya akan alih pokok di bawah sinar cahaya matahari yang terik selama dua jam sehari sehingga pokok tahan panas.  Kira-kira seminggu kemudian, iaitu apabila pokok kukuh saya akan alih ke lokasi yang tetap di atas tanah.  Sekiranya rakan-rakan tidak mempunyai masa untuk mengalih pokok, boleh letakkan di kawasan yang teduh yang hanya terdedah pada cahaya matahari secara terus pada waktu tertentu sahaja.  Pastikan pokok disiram dengan air yang secukupnya.

Anak cili padi berumur 4 minggu yang masih lembut perlu dikukuhkan.

Hardening Hot Pepper Plantlets
Plantlets grow well in sowing pots. Sooner or later it must be transplanted into a permanent location or into a larger pot. The plantlets contain soft stems and easily wilted. They must be hardened before transplant. To harden the plantlets, you may use a special formulated fertilizer or place the plantlets in a hot area for a few hours a day. When the plantlets harden, they are ready to be transplanted.


I will use organic fertiliser to harden the plantlets. Then the plantlets will be placed under scorching sun for two hours daily for a week. When the plantlets are ready, they will be moved permanently in the pepper patch.

Photo -- At week 4, young hot pepper contains soft stems.They must be hardened.

2 ulasan:

  1. ala... saya keje... camna nak letak pokok bawah panas 2 jam tiap hari... kalau biar mau layu terus pokok saya...

    BalasPadam
  2. Kalau begitu boleh letak di tempat yang teduh yang hanya terima cahaya matahari secara terus satu atau dua jam sehari.

    BalasPadam