Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 22 Julai 2011

Keratan Markisa

Markisa akan berbunga kembali dan mengeluarkan buah selepas batangnya dikerat.  Biasanya tunas akan mula menghasilkan ranting baru dengan cepat selepas batang dikerat.  Ini kerana tenaga yang dihasilkan tidak lagi digunakan untuk pertumbuhan pucuk utama kerana pucuk utama telah tiada.  Tenaga tersebut disalurkan pada tunas di ketiak daun dan tunas tersebut akan membesar dengan cepat.  Lazimnya ranting yang baru mempunyai bunga.
Selepas dikerat, mula membaja pokok dengan baja bunga.  Biasanya bunga baru akan mula keluar dalam masa tiga minggu.


Tunas membesar menjadi ranting baru selepas seminggu batang dikerat.

Daun baru yang tumbuh selepas batang dikerat.

2 ulasan:

  1. Menyelongkar artikel lama :D

    Tuan,
    Adakah bunga markisa perlukan pendebungaan juga seperti kes bunga petola

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pendapat saya, tidak perlu dilakukan pendebungaan secara manual kerana setiap bunga mengandungi bahagian jantan (stamen dan debunga) dan betina (stigma dan ovari).

      Padam