Mengapa ingin buat sabun sendiri?
- Seronok
- Ingin sabun dengan bauan unik
- Perasaan ingin cuba sendiri
- Ingin jual pada kawan-kawan
- Ingin hadiah pada kawan-kawan
Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum buat sabun sendiri. Saya akan cuba minimakan bahagian kimia dan kira-kira sebab itu kurang seronok. Anda cuma perlu ikut sahaja ramuan yang dinyatakan. Walau apapun, teori kena tahu juga, walaupun sedikit.
Buat sabun sebenarnya adalah proses peneutralan. Asid + Alkali jadi neutral, hasilnya ialah garam. Ketika buat sabun, anda campurkan asid (minyak) dengan alkali (natrium hidroksida, lye, air abu, air kapur....) jadi garam. Kalau buka kitab lama, mereka panggil sabun, "garam abu."
Jadi, proses buat sabun adalah proses peneutralan. Dalam membuat sabun, proses ni disebut "safonifikasi."
"Safon" -- "sabun"
Safonifikasi adalah reaksi antara larutan minyak dengan alkali untuk menghasilkan sabun.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan