Kata seorang kawan, kalau nak tanam rosemary perlu banyak bersabar sebab pokok ni mengambil masa yang lama untuk tumbuh subur. Kalau diperhatikan, memang ia lambat sedikit untuk merimbun tapi ia tahan panas, amat sesuai ditanam di negara kita.
Lihat sendirilah, musim panas begini pun rosemary tetap tumbuh hijau. Bahagian kosong di sebelah kiri patch sebelum ini saya tanam pudina. Pokok pudina tersebut membiak dengan cepat, malangnya ia sekarang dah tua dan yang tinggal hanya batang-batang yang kering dengan daun-daun kecil. Saya akan tanam pudina dalam patch yang lain.
Saya telah mengambil keputusan untuk buang saja pokok pudina dan gantikan dengan rosemary. Tapak 1 m X 1 m ini akan ditanam rosemary sepenuhnya. Jadi pagi hari postingh ini ditulis, sebelum matahari tegak di atas kepala, saya telah buang semua pokok pudina.
Selain dari pudina, terdapat juga rumpai lalang dan semalu. Ketika mencabut, saya pakai sarung tangan kain yang tebal kerana pokok semalu berduri seperti cangkuk. Boleh luka kalau terkena. Untuk pastikan saya dapat mencabut pokok hinggga ke akar umbi, saya gunakan playar untuk mencabut rumpai. Ia lebih mudah dan pokok tercabut hingga ke akar umbi. Inilah hasilnya.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Patch rosemary |
Cleaning up the Rosemary Patch
A friend once told me that if I want to grow rosemary, I have to be very patient because it takes quite some time for a rosemary plant to grow. After growing rosemary for some time, I understood what he meant. The growth is slow -- very very slow. However it grows well in our country (Malaysia) even during hot season.
Even during hot season, my rosemary plant thrives. The empty space on the left were filled with mint plant. The plant grows well and spread very fast. However, the plant was old and produces tiny leaves. I decided to remove and replace it with two more rosemary plants. I will plant mint in another patch.
Other than the mints, weeds (lallang and mimosa) also made the patch their home. I used plyers to remove the whole mimosa plant from the patch. Mimosa plants contain thorns, so to protect my hand, I used thick wool gloves. Later in the evening I'll plough the patch and add fish meal to enrich the soil. Maybe next week I'll transfer my potted rosemary into the patch.
May the rest of the year will be blessed with herbs, lots of herbs.
Macam mana nak dapatkan benih untuk ditanam??
BalasPadamLupa nak tinggalkan email. Please email any info at [email protected]
PadamBoleh gunakan benih atau keratan batang. Tapi saya syorkan keratan batang.
Padamsalam tuan, saya cadang nak alihkan rosemary saya atas tanah/patch.sya dah beli lebihkurang minggu dari cameron highland. so far ok ja.saya tak siram sangay just renjis2 air ja pada hari panas. macamana persediaan tanah yg sesuai dan siramanye? ok ker kalau hari2 hujan niatapun lebih baik dalam pasu sahaja...? terimakasih.
BalasPadamSalam hernyhafiz,
PadamKetika mengalih pastikan akar tidak cedera. Kalau akar cedera, pokok akan kering dan mati. Bila pokok dah bertapak, ia sangat kukuh. Jangan siram selalu, pokok ini tummbuh sihat kalau dapat sedikit air sahaja. Kalau siram selalu, pokok akan bantut.
pokok rosemary ni memang tahan panas sesangat. di parit buntar cuacanya sangat panas nak banding di kl.. tapi alhamdulillah pokok rosemary boleh tahan walaupun x siram 2 hari semasa balik kampung( di kl). cuma kdg2 saya tgk hujung daunnya jadi kering bila x cukup air. pokok tumbuh subur tapi x pernah cuba masak pun guna rosemary ni...
BalasPadamPokok asal dari mediterraneam memang macam tu, perlu panas yang kering.
Padam