Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 1 Mei 2013

Benih Untuk Dijual -- Bendi Tempatan, benih OP

Bendi adalah antara sayur buah yang mudah ditanam yang sangat sesuai ditanam oleh rakan-rakan yang baru berkebun di rumah.  Buahnya yang muda dan segar enak dibuat ulam, dicelur dan dicicah sambal atau dimasak kari, gulai, atau digoreng.  Ada juga yang gunakan bendi untuk pekatkan sup.

Baka ini tahan penyakit, cepat membesar dan berbuah serta menghasilkan buah yang kecil dan lembut dengan warna hijau tua. Bendi mudah dijaga, jangan ketinggalan.

Satu pek mengandungi 10 benih.  Lima pek benih bendi tempatan (OP) berharga RM10.00


Benih Bendi Tempatan
Selepas 8 minggu disemai, pokok bendi mula berbuah.



Cara Memesan Benih

10 ulasan:

  1. salam, en nak tanya, pokok bendi saya dah pernah berbuah sebelum ini, tapi seminggu dua ni saya perasan daun dia kekuningan..tunas yg dah berbunga, 2-3 hari pastu buah dia jadi kehitaman dan gugur.. kenapa ye?...harap en boleh membantu.

    BalasPadam
  2. Kalau dapat, Adniksda snap gambar dan kirimkan ke emel saya (iskandar.abdulrashid@gmail.com) untuk diteliti.

    BalasPadam
  3. Dalam byk2 benih yg sy terima, benih bendi tempatan ini tidak pernah bercambah lgsung. Adakah benih ini lmbat bercambah? Adakah ia agak rumitutk ditanam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih bendi tempatan paling mudah tumbuh. Biasanya ia bercambah dalam masa 2 hari selepas disemai. Mungkin Dira gunakan tanah yang tidak sesuai, atau rendam biji benih terlalu lama.

      Boleh Dira ceritakan cara Dira menyemai benih?

      Padam
  4. mohon share gmbr biji benih bendi nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tapi nyatakan sumber gambar ketika sharing. :)

      Padam
  5. blh saya tanya kalau saya tanam pokok bendi dalam pasu blh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sesuai tanam dalam pasu. Sebahagian dari pokok bendi saya tanam dalam bekas.

      Padam
  6. salam...saya ada menanam pokok bendi tapi xtau jenis yang mana...tapi mslhnye daun pokok bendi saya ini kerap dimakan oleh belalang..habis daunnya dimakan..kadang2 tinggal selai je sepokok...macamna saya nk mengelakkannye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serangan belalang agak sukar dikawal. Pertama kerana saiznya yang besar agak sukar dimusnahkan dengan segara menggunakan larutan air pencuci pinggan dan minyak masak, kalau ingin tangkap pun susah kerana ia akan melompat dan terbang jauh bila merasa diri dalam bahaya.

      Saya pernah guna semburan larutan air pencuci dan minyak masak. Selepas disembur, belalang agak lemah untuk terbang. saya tangkap dan letak dalam botol berisi air sabun untuk membunuhnya.

      Padam