Baka ini tahan penyakit, cepat membesar dan berbuah serta menghasilkan buah yang kecil dan lembut dengan warna hijau tua. Bendi mudah dijaga, jangan ketinggalan.
Satu pek mengandungi 10 benih. Lima pek benih bendi tempatan (OP) berharga RM10.00
| Benih Bendi Tempatan |
![]() |
| Selepas 8 minggu disemai, pokok bendi mula berbuah. |
Cara Memesan Benih

salam, en nak tanya, pokok bendi saya dah pernah berbuah sebelum ini, tapi seminggu dua ni saya perasan daun dia kekuningan..tunas yg dah berbunga, 2-3 hari pastu buah dia jadi kehitaman dan gugur.. kenapa ye?...harap en boleh membantu.
BalasPadamKalau dapat, Adniksda snap gambar dan kirimkan ke emel saya (iskandar.abdulrashid@gmail.com) untuk diteliti.
BalasPadamDalam byk2 benih yg sy terima, benih bendi tempatan ini tidak pernah bercambah lgsung. Adakah benih ini lmbat bercambah? Adakah ia agak rumitutk ditanam?
BalasPadamBenih bendi tempatan paling mudah tumbuh. Biasanya ia bercambah dalam masa 2 hari selepas disemai. Mungkin Dira gunakan tanah yang tidak sesuai, atau rendam biji benih terlalu lama.
PadamBoleh Dira ceritakan cara Dira menyemai benih?
mohon share gmbr biji benih bendi nie...
BalasPadamBoleh, tapi nyatakan sumber gambar ketika sharing. :)
Padamblh saya tanya kalau saya tanam pokok bendi dalam pasu blh tak?
BalasPadamYa, memang sesuai tanam dalam pasu. Sebahagian dari pokok bendi saya tanam dalam bekas.
Padamsalam...saya ada menanam pokok bendi tapi xtau jenis yang mana...tapi mslhnye daun pokok bendi saya ini kerap dimakan oleh belalang..habis daunnya dimakan..kadang2 tinggal selai je sepokok...macamna saya nk mengelakkannye?
BalasPadamSerangan belalang agak sukar dikawal. Pertama kerana saiznya yang besar agak sukar dimusnahkan dengan segara menggunakan larutan air pencuci pinggan dan minyak masak, kalau ingin tangkap pun susah kerana ia akan melompat dan terbang jauh bila merasa diri dalam bahaya.
PadamSaya pernah guna semburan larutan air pencuci dan minyak masak. Selepas disembur, belalang agak lemah untuk terbang. saya tangkap dan letak dalam botol berisi air sabun untuk membunuhnya.