Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 22 Jun 2011

Tanam Sendiri -- Kai Lan, Chinese Kale

Kai lan bukan hanya boleh ditanam di atas tanah.  Pokok ini juga boleh ditanam di dalam bekas.  Cuma kalau tanam di dalam bekas, air yang tersimpan dalam tanah adalah terhad, jadi anda perlu pastikan ia disiram selalu.  Kalau di musin panas seperti sekarang pastikan ia disiram sekurang-kurangnya sekali sehari. Mungkin anda sibuk dengan kerja dan tidak dapat menyiram selalu.  Ini dapat diselesaikan dengan mengajak anak-anak menanam bersama.  Anak-anak boleh mengambil tugas menyiram ketika mereka pulang dari sekolah.  Bukan sahaja anda akan kai lan yang segar, malah dapat memupuk minat anak-anak untuk menanam sediri.
Untuk pastikan pokok membesar dengan cepat, pastikan bekas diletakkan di tempat yang menerima cahaya matahari di waktu pagi kerana pokok membuat makanan dengan kadar yang tinggi di waktu pagi.


Muhammad dengan kai lan tanamannya.

Grow Your Own Chinese Kale
Chinese kale may be planted in containers. If planted in containers, make sure the plant receives enough water. During hot seasons make sure the plant is watered at least once a day.
Maybe you are busy and watering everyday manually is not possible. You may assign your children to do the task, for example when they come back from school. And make sure you place the container in morning sunlight. Chinese kale grows well in morning sunlight.

Photo - Muhammad with his chinese kale.

3 ulasan:

  1. saya dah semai benih kailan (dari tanamsendiri..:).)...dan sekarang telah tumbuh lebih kurang 2 inci tinggi...saya dahb oleh pindahkan ke pasu? dan adakah 1 pasu 1 pokok?...

    geram dengan daun kailan muhammad..

    BalasPadam
  2. Linda tunggu hingga ada dalam 3 set daun dulu, iaitu antara 6 hingga 8 minggu lepas semai baru alih. Alih waktu petang utk elakkan pokok layu waktu tengahari. Lepas alih pokok akan cepat besar.

    BalasPadam
  3. lama juga ye sebelum boleh dipindah dari tapak semaian. kailan baka OP dari En. Is dah bertunas hari ni, maknanya dalam sebulan dua lagi baru boleh dipindahkan ke pasu tanaman.

    BalasPadam