TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Ahad, 19 Jun 2011
Semaian Baru -- Rosemary
Semaian kali ini, dibuat secara propagasi. Pokok yang dimaksudkan, beberapa pokok herba (rosemary, tarragon), pokok memanjat (markisa, grandiosa), dan pokok beri (malberi). Selain dari itu ada juga semai dari benih; cili padi Thai red, cili Kulai King 8339, terung panjang dan lobak putih. Oh ya, pek Cili Kulai King SP8339 ni baru dibuka dari tin. Rakan-rakan yang ingin tanam boleh beli benih dari tanamsendiri.com.
Seperti biasa saya ada kongsi benih (100 pek sebulan). Untuk bulan ini, benih kobis cina. Masih ada lagi dalam 20 pek. Siapa mahu sila tinggalkan alamat melalui emel ([email protected]). Untuk bulan Julai, saya akan kongsi benih bendi singa. Boleh dapatkan sekarang. Jumlah pek hanya ada 100 sahaja, jadi jangan ketinggalan kerana benih ini memang bagus. Kalau tiada tanah boleh tanam dalam bekas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam ... saya nak tanya ...ada benih rosemary tak ..
BalasPadamWaalaikum salam,
BalasPadamBenih rosemary tak ada dalam stok saya. Saya tanam menggunakan keratan batang (propagasi).
saya sering gagal membuat Semaian rosemary..secara keratan btg.....keratan akan menjadi hitam perlahan2......bantu saya dengan teknik yg betul.......dh hampir 10 kali sya cuba...masih gagal......sayang herba punah begitu saja akibat gagal hidup atau dibiak......
BalasPadamInsyaAllah saya akan masukkan posting tentang topik ini.
Padam