Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 12 Jun 2011

Sardin Panggang Dengan Tarragon

Sardin Panggang Dengan Tarragon

Bahan-bahan (Untuk 3 orang)

1. 9 ekor ikan sardin (ikan selayang) bersaiz kecil (~6 inci)
2. 3 tangkai tarragon.  2 tangkai di potong lumat. 1 tangkai dijadikan garnish
3. 1 biji limau nipis atau lemon
4. 1/2 sudu kecil garam
5.  Aliminium foil

Cara menyediakannya
1.  Keluarkan insang dan perut ikan sardin dan cuci ikan dengan air mengalir.
2.  Susun ikan di atas aluminium foil.
3.  Gaulkan tarragon yang telah dilumatkan dengan garam.
4. Sapukan ikan dengan campuran tarragon yang telah dilumatkan.
5. Terbalikkan ikan dan ulangi langkah 4.
6. Kerat lemon atau limau nipis dan pisit ke atas ikan sardin.
7. Balut ikan dengan aluminium foil dan sejukkan dalam peti sejuk sementara sediakan api pemanggang atau barbeque.
8.  Apabila api barbeque bertukar menjadi bara, panggang bungkusan aluminium foil yang mengandungi ikan selama 15 minit.  Tujuan menggunakan aluminium foil adalah untuk mengelakkan ikan menjadi hangus.
9. Tebuk di bahagian bawah aluminium foil untuk alirkan air keluar dan sambung memanggang selama 5 minit.

Hidangan
1. Buka bungkusan aluminium dan susun ikan ke dalam pinggan.
2. Hiaskan menggunakan lapisan lemon dan satu ranting tarragon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan