Pulut air kelapa dengan kembung pelaling goreng. |
Bahan-bahan
Untuk hidangan enam orang.
Pulut Air Kelapa
1 kg beras pulut
1 cawan air kelapa
1 biji kelapa parut putih
1 sudu teh garam laut (halus)
1 sudu besar gula
Air
Ikan Kembung Pelaling Goreng
6 ekor ikan kembung saiz kecil (pelaling)
2 sudu besar lada giling
1 sudu besar garam laut
1/2 cawan minyak masak
Cara Menyediakan
Pulut Air Kelapa
1. Cuci beras pulut.
2. Masukkan beras pulut ke dalam periuk elektrik.
3. Masukkan air kelapa. Tambahkan air supaya paras air lebih kurang 1 inci di atas paras beras pulut.
4. Tutup periuk dan masak pulut seperti memasak nasi dengan periuk elektrik.
Kembung Pelaling Goreng
1. Cuci ikan kembung.
2. Kelar badan ikan dan sapukan garam dan cili kisar.
3. Perap ikan selama 30 minit.
4. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana.
5. Masukkan ikan dan goreng selama lebih kurang 3 minit (kurang garing) atau sehingga garing.
6. Balikkan ikan dan goreng di sebelah lagi.
Cara Menghidang
1. Gaulkan kelapa parut putih dengan garam dan gula.
2. Sendukkan nasi ke dalam pinggan, letakkan kelapa parut putih di atas nasi pulut bersama ikan pelaling goreng.
Tip: Jika membeli kelapa parut, minta penjual simpan air kelapa dari buah yang bakal diparut. Perut dan insang ikan jangan dibuang. Kisar dan campur dengan air yang banyak dan siram ke pangkal pokok sayur dan pokok buah-buahan.
sudah lama tak makan macam ni...sedappnyer...
BalasPadamair kelapa dari buah yang bakal diparut kita nak buat aper en iskandar?...
BalasPadamMemang sedap. Air kelapa tu diguna untuk tanak beras pulut. Lebih enak berbanding guna air biasa.
BalasPadamic.....ok ok..boleh try nanti...tq untuk resepi ujung minggu...:)
BalasPadam