Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 24 Jun 2011

Pokok Terung Batch Baru Mula Berbuah

Terung adalah pokok yang lambat tumbuh bila disemai berbanding dengan pokok-pokok lain.  Cambahan yang tumbuh juga membesar dengan kadar yang perlahan.  Kadang rasa tak sabar dengan kadar pertumbuhannya.  Rasa nak cabut dan ganti dengan pokok lain sahaja.  Tapi apabila ia mula mencapai tinggi 16cm ia akan mula membesar dengan cepat.  Bila ia mula berbunga dan berbuah, rasa puas.

Buah terung dari pokok baru.  Kulit berkilau, waktu paling enak untuk dimakan.

Walaupun boleh membesar lagi, akan dipetik segera kerana rasanya yang enak.

Terung sedang berbuah perlukan air yang cukup.  Kesan musim panas, terlupa siram pokok mula layu.

New Batch of Eggplants Stared to Bear Fruits
Eggplants, also known as brinjals and aubergines are slow growing plants. You must be very patient when growing the plants. Sometimes I myself felt frustrated and just want to replace with faster growing plants. However, when the plants reach about 16 cm, they will grow at a faster rate. When the plants start to bear flowers and fruits, it feel so good.

2 ulasan:

  1. alahai....geram tengok pokok yang menjadi...:)

    pokok terung saya masih anak lagi...huhu rasanya dah lama pokok tu jadi 'anak' bilerr nak besar
    pun tak tahu laa

    BalasPadam
  2. Akan besar, InsyaAllah. Cuma pastikan ia dibelai selalu dengan menyiram air dan ditabur baja. Tanam sendiri terung berbaloi kerana buah yang dipetik segar jauh lebih enak dari terung yang dibeli di pasar dan pasaraya.

    BalasPadam