Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 11 Jun 2011

Perlindungan Dari Haiwan Ternakan -- Kasa Dawai (Dawai Mata Punai)

Masalah yang jelas bila bercucuk tanam di kampung adalah haiwan ternakan.  Ayam amat gemar mengais tanah untuk mencari cacing dan benih.  Kambing pula, pantang nampak tanaman akan diratah dengan lahap.  Begitu juga dengan lembu. 
Kalau dibuat pagar tidak kena kerana kawasan kampung jarang rumah berpagar.  Halau ayam jiran pasti tuannya tersinggung.  Biasanya orang yang minat menanam sayur akan menanam dalam bekas (biasanya tin susu yang ditebuk) dan diletakkan atas para.
Kalau di kawasan perumahan pula, kucing menjadi masalah.  Pantang nampak tanah yang digemburkan, kucing akan kais untuk dijadikan jamban.  Akar pokok yang menjadi mangsa akan terkeluar dari tanah dan mati.  Satu dari cara penyelelesaian ialah dengan menanam dalam pasu yang besar.  Tanah hanya diisi separuh dan bahagian atas pasu ditutup dengan kasa dawai (dawai mata punai).  Apabila sayur dah besar dan tanah kurang gembur barulah keluarkan dawai tersebut.  Kucing tidak akan gangggu lagi apabila ruang tanah kurang terdedah.

Dawai mata punai digunakan untuk menghalang haiwan ternakan dari memakan anak pokok atau mengais tanah dalam pasu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan