Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 7 Jun 2011

Menyediakan Benih Cili Sendiri

Benih Dari Dapur
Satu dari manfaat menanam sendiri, ia mengajar kita berjimat.  Misalnya, anda boleh guna semula bekas untuk menanam, sisa dapur sebagai kompos.  Anda juga boleh buat bekas penyiram sendiri.  Dalam artikel Benih Dari Dapur saya ada bincangkan tentang bahan dapur yang boleh dijadikan benih.  Kalau zaman dulu-dulu, orang memang tidak membeli benih kerana pada ketika itu tidak banyak kedai yang menjual benih.  Kebanyakan benih diperolehi dari buah, keratan atau ubi yang di beli di pasar.
Untuk mendapatkan benih cili, pilih cili yang ranum (merah) yang mempunyai ciri buah yang anda kehendaki.  Jika inginkan cili yang kurang pedas, dapatkan buah yang kurang pedas.  Jika inginkan cili buah yang kecil, dapatkan cili ranum yang kecil.  Dalam contoh ini saya gunakan cili Kulai yang pedas.

Anda perlukan cili yang ranum, pisau atau gunting yang tajam, kertas terpakai, sarung tangan getah dan sabun (untuk basuh tangan).  

Pilih buah yang ranum dan berkualiti tinggi.
1. Pakai sarung tangan getah dan pastika ketika menyediakan benih cili, jangan sentuh tangan pada kulit atau mata.
2. Alas kertas di atas permukaan rang rata.
3. Belah cili sebagaimana gambar berikut.   Biji cili terlekat pada tetulang di bahagian tengah sepanjang buah cili.  Psatikan cili yang terlerai jatuh ke atas kertas.

Belah buah cili untuk dedahkan biji.
4.  Asingkan tetulang dari isi cili.  Simpan isi cili untuk memasak.

Kekuarkan tetulang iaitu bahagian yang melekat pada biji.

5.  Kumpulkan biji dan tetulang cili di atas permukaan kertas.   Alih ke dalam bekas yang terdedah.

Kumpulkan tetulan cili certa biji yang terlerai di atas kertas.

6. Jemur biji di tempat panas sehingga kering.

7. Basuh tangan dengan sabun untuk menghilangkan kesan hangat pada tangan.

8. Apabila biji kering, asingkan biji dari tetulang cili dan simpan dalam bekas yang kering dan kedap udara sehingga anda sedia untuk menyemai.  Biji cili sedia dijadikan benih.



Jemur biji sehingga kering.

Benih yang diperolehi bukan lagi benih F1.  Jika anda memperolehi benih dari benih F1, benih tersebut dikenali sebagai benih F2.  Jika anda menanam sendiri di sekeliling rumah, benih sebegini sudah memadai.  Untuk dapatkan benih terbaik, elok gunakan benih F1.

Benih cili, sedia untuk disemai.


Anda boleh dapatkan benih Kulai King (baka F1, SP8330) yang panjang dan pedas serta tahan penyakit dari pautan berikut.  Benih Cili Kulai King

1 ulasan:

  1. trima kasih sebab sudi berkongsi..sya akan cuba esok

    BalasPadam