Walaupun demikian kadangkala anak pokok tumbuh dengan tidak sekata. Kalau tanam di atas batas, bahagian atas batas anak pokok tumbuh dengan jarang manakala di tepi batas anak pokok tumbuh dengan padat. Kalau tanam dalam bekas, bahagian tepi dinding bekas anak pokok tumbuh dengan padat. Ini berlaku kerana biji benih di bawa air ketika menyiram. Untuk selesaikan masalah ini gunakan peyiram dengan bekas penyiram yang mengandungi hujung yang mempunyai lubang-lubang yang halus atau tebuk tin dengan beberapa lubang di dasarnya menggunakan paku dan gunakan tin tersebut sebagai penyiram.
Jarangkan anak pokok yang terlalu padat dengan mencabut sebahagian darinya. Anak pokok yang dicabut enak dibuat salad. :)
Anak pokok kobis cina terkumpul di bahagian hujung bekas. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan