Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 15 Jun 2011

Masih Berguna Kalau Tanam Sendiri

Satu dari tanda-tanda anda dapat sindrom tanam sendiri adalah timbul sifat "thrifty" ;) bila berkait dengan produk yang masih boleh diselamatkan.  Maka anda akan membeli benda-benda yang orang lain dah reject.  Bila angkat masuk troli orang akan tengok semacam... takut anda ni seorang penjual nasi lemak sebab nak pastikan mereka tak akan terbeli nasi kat gerai anda.  Apa tidaknya, bawang yang dah tumbuh yang dijual dengan harga 25 sen (harga asal RM4.95), kepala ikan bilis dan lain-lain produk rejek dibeli.

Bawang yang dah tumbuh menyelesaikan masalah 80% aja benih bawang tumbuh.  Yang ini, benam aja kat tanah, dua minggu lagi dapat tuai daun bawang untuk jemput-jemput, panggang daging, ikan goreng dan sebagainya.  Kepala ikan bilis di tabur di pangkal pokok, dua minggu lagi pokok akan mula berbunga.

Bawang bercambah
Bawang yang telah tumbuh perlu ditanam dengan sendiri.  Sebelum menanam pastikan bawang yang buruk dibuang kerana bau bawang tersebut akan menarik perhatian makhluk perosak.  Gemburkan tanah buat lubang 5cm atau 2 inci.  Kemudian tanam bawang.  Oleh kerana saya berniat untuk tuai daun bawang, saya tanam bawang-bawang tersebut rapat-rapat. 

Bawang ditanam terus ke tanah.
Sekarang cuaca panas dan kering.  Oleh kerana kesibukan, saya tak dapt menyiram pokok setiap hari.  Untuk pastikan tanah kekal lembap, tanah yang telah disemai bawang ditutup dengan keratan rumpai kering.  Rumpai tersebut juga dapat melindungi pucuk bawang dari ayam dan makhluk perosak.

Tanah ditutup dengan keratan rumpai yang kering untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Beginilah rupa patch bawang di tepi rumah ketika cuaca panas.  Daun akan dapat ditual selepas 2 minggu.

Kawasan yang ditanam bawang tertutup dengan keratan rumpai kering.

4 ulasan:

  1. a ah la....betul gak tu...nanti nak try lah

    saya selalu gagal dalam usaha menanam bawang...tak sempat naik daun..bawang dah masam kat dalam tanah..:(

    http://ibusumaiyah.blogspot.com/2011/06/bendi-ni.html

    BalasPadam
  2. Saya dah ke blog Linda. Menarik blog tu.

    BalasPadam
  3. daun bawang yg dijual tu adakah dari bawang yg sama jenis? sbb rasanya lain la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupa dan rasa daun bawang bergantung pada jenisnya. Yang saya gunakan ialah bawah yang biasa. :)

      Padam