Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 23 Jun 2011

Masalah Lalat Buah

Antara masalah yang ketara bila menanam pokok buah, misalnya cili, belimbing dan jambu air di kawasan taman perumahan ialah lalat buah. Memang amat sukar kerana ada banyak faktor yang menyebabkan kehadiran lalat buah, terutamanya di kawasan perumahan. Masalah yang ketara yang dapat saya perhatikan ialah jiran-jiran yang menanam pokok buah-buahan tetapi tidak memetik buah-buah yang telah ranum.

Kelazimannya apabila buah diserang lalat buah, ia tidak boleh dimakan lagi. Kebanyakan pemilik pokok tersebut akan membiarkan buah ranum di pokok dan luruh tanpa dibersihkan kerana kecewa buah yang terhasil tidak dapat dinikmati. Akibatnya, ulat lalat buah dalam buah yang ranum akan bertukar menjadi lalat buah dewasa dan kan terbang mencari buah baru.

Sepatutnya, apabila buah diserang lalat buah, mereka kutip buah tersebut dan bakar supaya ulat tidak bertukar menjadi lalat buah.

Dalam posting sebelum ini saya ada sarankan agar rakan-rakan menggunakan perangkap lalat buah, iaitu menggunakan botol yang diisi dengan air yang dicampur dengan metil eugenol. Cecair ini dapat menarik perhatian lalat buah sehingga 4.5 km dari perangkap. Pada pendapat saya, saranan saya sebelum ini salah. Ini kerana dengan memasang perangkap berisi metil eugenol saya akan memanggil semua lalat buah yang ada di taman perumahan tempat saya tinggal ke laman saya. Memang benar perangkap akan penuh berisi lalat buah, tetapi tidak semua lalat buah akan memasuki perangkap. Ada antaranya akan singgah dulu pada buah cili, buah belimbing, buah bidara, buah markisa dan menyuntik telurnya ke dalam buah-buah tersebut. Akibatnya, walaupun anda dapat memerangkap dan membunuh beberapa puluh lalat buah, buah-buahan dalam laman anda tetap berulat.

Jadi, pada pendapat saya, elok dibakar buah-buah yang diserang ulat supaya kitar lalat buah buah terganggu. Pasang perangkap lalat buah di pinggir taman perumahan supaya lalat buah terbang keluar dari laman rumah anda dan keluar dari taman perumahan anda. Di laman pula, pasang penghalau lalat buah. Saya gunakan air rebusan tulasi. Ia amat berkesan untuk menghalau makhluk perosak. Dari percubaan saya sebelum ini, saya dapati air rebusan serai wangi, kemangin atau selasih juga berkesan untuk menghalau lalat buah. Masukkan air tersebut ke dalam botol yang ditebuk dan gantung pada pagar rumah atau pancang pada batas yang berisiko. Kalau anda menanam jambu air yang diserang lalat buah, jangan biarkan buah ranum dan luruh ke tanah. Kutip dan bakar. InsyaAllah serangan lalat buah akan dapat dikurangkan.


Fruit Fly Problem
One of the problems planting fruit is fruit flies. The fruits normally attacked by fruit flies are pepper, star fruit and malay apple. In housing area, it is hard to tackle the problem because you also got neighbour planting the fruit plants. One of the obvious problems is when your neighbor did not harvest the ripened fruits.

Usuall when their fruits were attacked by fruit flies they will be disappointed and will let the fruits ripened without collecting the fruits. This will give the fruit fly's larva to turn into adult flies and will fly away to find more fruits to attack.The correct way to tackle the problem is to disturb the fruit fly's life cycle, that is to destroy the fruits before the larva turn into adult flies. Burning the infected fruits is a good method.

In the earlier postings I suggested you use fruit fly traps (using metyl eugenol as bait). The substance can attract fruit flies up to 4.5 km away. This is a bad suggestion because all of the fruit flies in your housing area will end up in your backyard worsening your fruit fly problem. I think the better solution is burn the infected fruits and set fruit fly traps outside of your housing area. In your backyard, use fruit fly repellent, for example tincture of citronella or basil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan