Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 25 Jun 2011

Baja Organik -- Hampas Kopi

Satu dari keindahan menanam sendiri adalah anda akan mula peka terhadap sekeliling dan akan sentiasa mencari penyelesaian untuk menghasilkan tanaman yang lebih bermutu dengan harga yang lebih murah.  Pastinya tiada yang lebih manis dari barangan percuma, walaupun ia cuma sisa yang orang lain mengganggap tidak bernilai.
Saya ingat lagi ketika zaman kanak-kanak dahulu, emak saya pernah meminta penjual air tebu menyimpan hampas tebu untuk dijadikan baja.  Setelah penjual tebu menghantar hampas tersebut ke rumah, mak akan menggaulnya dengan tanah dan membiarkan hampas tersebut mereput.  Proses ini tidak lama kerana semut mula berkerumun untuk menikmati hampas tebu yang manis itu.  Tidak lama kemudian emak akan memasukkan hampas yang reput ke dalam tin susu tepung yang ditebuk lubang dan ditanam anak cili yang telah disemai sebelum itu.  Tin tersebut diletakkan di atas para untuk mengelakkan dari diratah oleh kambing dan ayam yang sentiasa teringin tanaman emak.  Hasilnya adalah buah cili yang manis.  Emak beranggapan cili tersebut manis kerana terdapat gula dalam hampas tebu tersebut.
Ayah saya pula sentiasa menceritakan tentang kehebatan tanah yang bercampur tandan kelapa sawit yang terdapat di sekitar kilang kelapa sawit.
Orang bandar mana mungkin ingin memesan peniaga air tebu untuk menyimpan hampas tebu atau pihak kilang menyimpan tandan kelapa sawit.  Mereka pasti akan teringinkan baja yang lebih "glamour".
Satu dari bahan sisa yang glamour yang saya maksudkan ialah hampas kopi dan teh yang terkumpul dari outlet kedai kopi.  Mereka tetap akan membuang bahan tersebut, jadi mengapa tidak minta mereka simpan hampas kopi dan teh untuk dijadikan kompos.  Ada outlet kopi yang membungkus hampas kopi dan memberikannya secara percuma kepada pelanggan yang menanam sendiri.  Pek hampas kopi yang saya tunjukkan dalam gambar di bawah diperolehi dari outlet Starbucks di ibu kota.  Thank you Starbuck.  Sayurku nampak segar. :)

Hampas kopi boleh dijadikan baja organik


Organic Gardening Using Used Coffee Dust
One of the beauty of gardening is you'll be alert of your surroundings. You will also start finding solutions to gardening challenges. Gardening can be very expensive, so you will start hunting for bargains.
My mom used to ask sugarcane water seller to save the used sugarcane for composting. Later he sent a pile of used sugarcane right at our doorstep. Later she mixed the pile with soil, thus attracting army of ants. The sugarcane pile decomposed into dusts in less than a month. The finished compost were mixed with sand (my village soil were sandy) in a used milk can and she planted pepper. She believed the pepper produced will be sweet because sugarcane water were used to make molasses.
My dad used to brag about his method of composting using palm oil bunch. Good old days... Now city folks may find it odd to ask for used sugarcane from sugarcane water peddler. They would aim for more glamorous forty malaysian ringgit per small bottle of liquid fertiliser sold in department store.
Hey you can still be glamorous by using free used products as composts. If you drink coffee at Starbucks, look for free used coffee dust. They are going to throw it anyway. Whey not save some landfill space by bringing the used coffe dust for your garden compost. Many of the coffee outlets saved the dust for you in a nice package as shown in the above photograph. And for the lesser glamorous gardeners, you can always ask the used coffee or tea dust from mamak stalls or restaurants. Thank you Starbucks. My vegetable looks good. :)

4 ulasan:

  1. Serbuk teh uncang lipton yang belum digunakan lagi, bolehkah ia dijadikan baja organik?

    BalasPadam
  2. Bagaimana sebenarnya hampas teh/kopi ini dijadikan baja organik, tuan? Hampas itu terus sahaja digunakan sebagai baja tanaman tanpa sebarang proses lain ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia boleh diguna terus. Ada juga baja organik yang diproses terus dari hampas kopi. Ia berbentuk bintil sfera bersaiz manik berwarna hitam berkilau. Saya gunakan untuk pokok roselle dan kemunting. Pokok lebat berbunga dan berbuah dua minggu selepas baja ditabur.

      Padam