Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 29 Mei 2011

Resepi -- Bebola Ikan dengan Acar Mentimun

Untuk makan 12 orang.

Ramuan
Bahan untuk bebola ikan
8 helai dan limau purut tanamsendiri
1 cawan kepingan ikan tenggiri, dibuang tulang
2 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
2 sudu besar sos ikan Thai
1 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun ketumbar tanamsendiri dimayang halus
1/2 cawan kacang panjang tanamsendiri, dihiris nipis
minyak masak untuk mengggoreng (deep fry)

Bahan untuk acar mentimun
4 sudu besar cuka asli (cuka nipah)
1/4 cawan gula pasir
4 sudu besar air
1 labu bawang putih jeruk
1/2 inci halia muda dikupas
1 biji mentimun tanamsendiri dipotong memanjang dan dihiris nipis
4 biji bawang merah dimayam halus

Cara membuat acar mentimun
1. Masukkan cuka asli, gula dan air ke dalam periuk kecil.  Panaskan menggunakan api kecil hingga semua gula larut.  Alih periuk dari api dan biarkan campuran hingga sejuk.
2.  Pecahkan labu jeruk bawang putih dan kupas kulitnya.  Lumatkan menggunakan pisau bersama halia mudadan masukkan ke dalam mangkuk.  Campurkan hirisan mentimun tanamsendiri dan bawang merah dan tuangkan campuran cuka yang telah dimasak.  Tutup mangkuk dan simpan dalam peti sejuk.


Cara membuat bebola ikan
1. Mayang 3 helai daun limau purut tanamsendiri dan gaulkan bersama hirisan ikan tenggiri, serbuk kari dan telur dalam pengisar (blender).  Kisar sehingga lumat.
2. Keluarkan campuran yang telah dikisar ke dalam sebuah mangkuk dan gaulkan bersama sos ikan Thai, gula, tepung jagung, daun ketumbar dan kacang panjang.  Gaulkan hingga serasi gumpal menjadi 12 bebola ikan dengan saiz 2 inci setiap satu.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng bebola ikan hingga bertukar warna kepada warna perang iaitu kira-kira 5 minit.

Hidangan
Gunakan baki daun limau purut sebagai hiasan hidangan dan hidangkan bersama acar mentimun.  Enak dihidangkan ketika minum petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan