Tanam herba sendiri ada banyak manfaat. Jika rakan-rakan masak sendiri, penggunaan herba dalam masakan pasti akan menghasilkan masakan yang lebih enak. Jadi, dalam blog tanam sendiri, apabila saya nyatakan herba, masksud saya ialah pokok yang digunakan sebagai perisa makanan.
Herba tidak sukar untuk ditanam dan mudah dijaga. Cuma, herba perlukan cahaya matahari yang banyak dan tanah dengan saliran yang elok.
Antara herba yang ditanam termasuk daun sadri, kemangin, selasih, daun salam, kucai, ketumbar, bawang putih, oregano, pudina, rosemary, sage, tarragon, oregano, bangun-bangun, stevia, limau purut, kari dan serai. Kenyakan tanaman yang dinyatakan boleh ditanam dengan mencucuk tang ke dalam tanah, melalui benih atau menanam bahagian bebawang.
Semua gambar yang dipamerkan ditanam di tepi rumah. Herba juga sesuai ditanam dalam bekas untuk mengharumkan rumah.
 |
Pudina enak dimakan sebagai ulam bersama sambal cili, dibuat sambal dan dimakan bersama roti naan atau dibuat sirap. Pokok ini mudah disemai dari keratan. |
 |
Daun kari enak dijadikan perisa daging goreng. |
 |
Rosemary harum dan memang enak dijadikan perisa ketika panggang kambing. |
 |
Tarragon sedap disapu pada ikan goreng. |
utk pokok rosemary, tarragon & pudina bleh tak nak beli benihnya..??
BalasPadamnanti kalau dapat benihnya saya akan maklumkan. Saya sendiri tanam menggunakan keratan. Saya sedang fikirkan cara mengirim anak pokok yang hidup. Belum jumpa cara packing yang sesuai dan selamat utk anak pokok. :)
BalasPadamPokok rosemary, tarragon dan pudina boleh ke ditanam dalam cuaca yang panas?
BalasPadamYa boleh. :)
PadamRosemarry ni boleh air bannyak ke?kena hari2 siram ke?
BalasPadamRosemary kena jarang jarang siram. Kalau disiram tiap hari pokok akan mati.
Padammne nk dapat benih pokok ni
BalasPadamPokok yang mana?
Padamsaya nak cari pokok rosemery dan pokok pudina mana boleh saya dapatkan?
BalasPadamSaya ada semai keratan. InsyaAllah lagi 2 minggu sedia untuk diedarkan.
BalasPadamrosemarry,terragon,oregano &lain2 tanam guna tanah loam boleh tak?bukankah krisantimum dan pokok lain yg beriklim sejuk hanya boleh ditanam di kawasan yg sejuk
BalasPadamBoleh guna tanah lom, cuma perlu baiki strukturnya. Rujuk artikel tntang tanah.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/search/label/tanah
Di kawasan yang sejuk, mereka tunggu panas baru menanam. Kita dah panas, boleh terus aja tanam. Jadi, kita tak perlu risau tentang frost, salji, cold front dan lain-lain. Sejuk adalah faktor yang membunuh tanaman mereka, bukannya suatu yang menyebabkan tanaman mereka subur. Lihat gambar di atas, semuanya ditanam di kawasan Semenyih/Rinching. Bukti yang nyata.
Sy ada cuba tanam rosemary, thyem , oregano dan dill , masaalahnya bila diletakkan di luar rumah dauhnya hangus dan akhirnya mati ,
BalasPadamKalau warna herba kelihatan seperti rentung (warna hitam), itu serangan kulat. Lazimnya tanda terlebih air.
PadamMungkin kot..coz bila mula2 tanam terlebih teruja asyik dok siram je...terima kasih en is
BalasPadamsaya baru beli pokok rosemary minggu lepas. tetapi dlm beberapa hari ni pokok rosemary saya sudah mulai layu. apakah cara terbaik utk saya memulihkannya? sbb saya tinggal di condominium.
BalasPadamUntuk permulaan letakkkan pokok di kawasan yang menerima cahaya (direct sunlight) dan siram 3 hari sekali sahaja. Jangan siram tiap-tiap hari.
PadamEn. Area mana..sy nk beli anak pokok pudina
BalasPadamMenariknye..saya suka masak pasta..buh oregano..tp selalunye bukan yg fresh..kalo dpt yg fresh gini lg sedap kot..mmg teringin nak tanam kat blakang rumah...sekadar makan sendiri kan..n8ce...will try later.
BalasPadamUtk info kesihatan dan pemakanan jemput ke blog saya ye
Www.adaa-inspiration.com
Saya juga berminat untuk dptkan benih tanaman herba ni. Klu en. Is dah sedia nk mnjual, tlg war2 kn yea
BalasPadam