Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 15 Mei 2011

Hari Ini...

Rumpai dah mula tumbuh lebih tinggi dari sayur, terutamanya lalang, semalu, dokong anak dan mamam hantu.  Kehadiran rumpai kurang elok kerana akan menjadi perumah kepada makhluk perosak, terutamanya lalat putih, ulat bulu dan ulat beluncas.  Sayur juga mula berbunga (bolting) kerana cuaca yang terlalu panas sepanjang minggu.  Daun sayur yang terhasil menjadi lebih kecil dan sayur mempunyai lebih serat.  Bukan semua tak elok bila cuaca panas.  Markisa, buah delima, bidara dan kemunting juga mula berbunga berbuah dengan lebat.
Hari ini ada masa terluang sedikit, jadi ada masa  untuk "bermain" di laman rumah.

Niat hari ini, akan:
1. Buang rumpai dan sayur yang berbunga.
2. Cabut pokok kacang botor yang dah kurang menghasilkan buah.
3. Timbus asas cili dengan tanah organik.
4. Bina batas baru untuk ditanam sayur sawi pak choy, sawi hongkong, kobis cina.
5. Alih semaian salad hawaii, roselle dan bendi singa.
6. Propagate markisa, lemon balm dan stevia.
7. Pasang perangkap lalat buah.

Sempat ke buat semua ni?  Semua secara manual.

Lalang, kacang litup bumi dan selon mengambil alih patch herba, mencuri ruang tarragon dan rosemary.


Keledek, semalu dan lalang telah mengambil alih batas bendi dan kacang panjang.
Patch cili juga diserang rumpai.

1 ulasan: