Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 28 Mei 2011

Benih dari Dapur

Aktiviti menanam amat sesuai untuk  kanak-kanak kerana aktiviti dapat memupuk kanak-kanak supaya cintakan alam sekitar, menarik minat kepada sains, menjadi kreatif serta menyemai rasa bersyukur.  Malangnya siapalah ada ruang yang banyak serta masa yang mencukupi untuk membawa anak-anak ke nurseri untuk mendapatkan benih yang sesuai.  Sekiranya rakan ingin menarik minat anak-anak untuk menanam, sebenarnya tidak perlu pergi jauh.  Dapur adalah sumber benih yang paling dekat.  Antara pokok boleh diperolehi dari dapur termasuk yang berikut.

1. Bawang.  Sekiranya ia mula bertunas, bawang tersebut tidak lagi mampat dan kurang enak dimakan.  Anda boleh semai pokok bawang menggunakan bawang yang telah bertunas.  Bawang sesuai ditanam dalam bekas.  Daun bawang sesuai dijadikan garnish dan untuk dicampur dalam ramuan jemput-jemput bawang.
2. Kentang.  Kentang yang telah bertunas juga kurang enak dimakan kerana struktur ubinya mula berubah.  Kentang (ubi) yang bertunas boleh disemai.  Anda boleh gunakan beg hijau yang dijual di pusat membeli belah kerana beg ini dalam dan sesuai diisi tanah yang kawa dengan organik.  Apabila pokok mula bebrbunga, ubi yang tumbuh sesuai dituai.  Anda cuma perlu tuang tanah dari beg dan kutip ubi kentang yang fresh.  Ia sesuai direbus dan dicampur ke dalam salad.
3.  Keledek.  Kadangkala, keledek yang anda beli dipasaraya juga mula bertunas.  Tanam ubi tersebut sebagaimana anda menanam kentang.  Daun ubi keledek enak dijadikan sayur.
4. Kacang hijau.  Kacang hijau jika disemai boleh dibuat taugeh.  Anda dapat tuai selepas 4 hari disemai.  Anda tidak perlukan pasu.  Mana-mana bekas yang kalis air sesuai digunakan.  Anda cuma perlu basahkan biji kacang.  Jangan biarkan air bertakung kerana ini akan menyebabkan kacang menjadi busuk.
5.  Halia dan lengkuas.  Perhatikan rizom halia dan lengkuas.  Jika ia bertunas, anda boleh semai di atas tanah atau dalam bekas yang besar.
6.  Tomato.  Anda boleh pilih tomato yang ranum, keluarkan benihnya dan keringkan menggunakan tisu dapur (kitchen towel).  semai benih seperti biasa.
7. Cili.  Anda boleh pilih cili yang ranum, keluarkan benihnya dan semai seperti biasa.  Anda juga boleh gunakan benih dari cili kering. 
8.  Betik.  Anda boleh tanam betik dari biji yang anda kutip dari buah yang ranum.  Pilih buah sebagaimana yang anda idamkan, keluarkan biji dan keringkan terlebih dahulu.  Kemudian semai seperti biasa.
8. Cekur manis.  Anda boleh tanam cekur manis dengan mencucuk batang cekur manis ke dalam tanah.

2 ulasan:

  1. ADAKAH BEG hijau yg dimaksudkan....beg yg dibawa pada hari tanpa plastik? perlu bocor kan tak beg tu? kentang ditanam sebiji atau dikerat2 baji ikut tunas?

    BalasPadam