Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 31 Mei 2011

Gambar Hari Ini --Bayam Putih Daun Bulat

Pokok bayam putih daun bulat

Kalau tanam bayam untuk makan sendiri, tidak perlu cabut seluruh pokok.  Anda boleh kerat batang yang masih lembut untuk dimakan.  Pucuk baru akan tumbuh dan anda dapat bekalan bayam yang berterusan.  Saya simpan dua pokok yang paling subur untuk dapatkan daun yang lembut dan benih.  Lazimnya, pokok yang mengeluarkan benih menghasilkan daun yang lebih kecil dan batang yang liat.

Gambar Hari Ini -- Tarragon

Tarragon

Tarragon adalah antara herba yang mudah tumbuh.  Ia mengeluarkan bau yang wangi dan enakdimasak bersama ikan.  Bunganya yang berwarna kuning mampu menghias laman rumah anda.  Pokok ini semakin merimbun jika anda kerat selalu.  Daunnya boleh dikeringkan untuk dijadikan perisa.

Gambar Hari Ini -- Bunga Kacang

Bunga Kacang

Bunga kacang memang pelik.  Warnanya bergantung pada keasidan tanah.  Jika tanah neutral, bunga yang dihasilkan bewarna putih.  jika tanah berasid, bunga berwarna kemerahan dan jika tanah beralkali, bunga berwarna kebiruan.

Gambar Hari Ini -- Bunga Roselle

Bunga Roselle

Bunga roselle kelihatan seperti bunga pokok bebaru.  Ia kembang di waktu pagi dan memang canik.  Roselle memang sesuai ditanam dalam pasu untuk dijadikan hiasan.

Ahad, 29 Mei 2011

Resepi -- Bebola Ikan dengan Acar Mentimun

Untuk makan 12 orang.

Ramuan
Bahan untuk bebola ikan
8 helai dan limau purut tanamsendiri
1 cawan kepingan ikan tenggiri, dibuang tulang
2 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
2 sudu besar sos ikan Thai
1 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun ketumbar tanamsendiri dimayang halus
1/2 cawan kacang panjang tanamsendiri, dihiris nipis
minyak masak untuk mengggoreng (deep fry)

Bahan untuk acar mentimun
4 sudu besar cuka asli (cuka nipah)
1/4 cawan gula pasir
4 sudu besar air
1 labu bawang putih jeruk
1/2 inci halia muda dikupas
1 biji mentimun tanamsendiri dipotong memanjang dan dihiris nipis
4 biji bawang merah dimayam halus

Cara membuat acar mentimun
1. Masukkan cuka asli, gula dan air ke dalam periuk kecil.  Panaskan menggunakan api kecil hingga semua gula larut.  Alih periuk dari api dan biarkan campuran hingga sejuk.
2.  Pecahkan labu jeruk bawang putih dan kupas kulitnya.  Lumatkan menggunakan pisau bersama halia mudadan masukkan ke dalam mangkuk.  Campurkan hirisan mentimun tanamsendiri dan bawang merah dan tuangkan campuran cuka yang telah dimasak.  Tutup mangkuk dan simpan dalam peti sejuk.


Cara membuat bebola ikan
1. Mayang 3 helai daun limau purut tanamsendiri dan gaulkan bersama hirisan ikan tenggiri, serbuk kari dan telur dalam pengisar (blender).  Kisar sehingga lumat.
2. Keluarkan campuran yang telah dikisar ke dalam sebuah mangkuk dan gaulkan bersama sos ikan Thai, gula, tepung jagung, daun ketumbar dan kacang panjang.  Gaulkan hingga serasi gumpal menjadi 12 bebola ikan dengan saiz 2 inci setiap satu.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng bebola ikan hingga bertukar warna kepada warna perang iaitu kira-kira 5 minit.

Hidangan
Gunakan baki daun limau purut sebagai hiasan hidangan dan hidangkan bersama acar mentimun.  Enak dihidangkan ketika minum petang.

Sabtu, 28 Mei 2011

Benih Untuk Dijual -- Sawi Pendek, baka f1, 603

Benih Sawi Pendek, baka f1. 603

Anak sawi pendek berumur 4 minggu.


Sawi Pendek, baka f1, 603
Satu pek mengandungi purata 50 biji benih.
5 pek RM10.00

Cara Memesan Benih

Benih dari Dapur

Aktiviti menanam amat sesuai untuk  kanak-kanak kerana aktiviti dapat memupuk kanak-kanak supaya cintakan alam sekitar, menarik minat kepada sains, menjadi kreatif serta menyemai rasa bersyukur.  Malangnya siapalah ada ruang yang banyak serta masa yang mencukupi untuk membawa anak-anak ke nurseri untuk mendapatkan benih yang sesuai.  Sekiranya rakan ingin menarik minat anak-anak untuk menanam, sebenarnya tidak perlu pergi jauh.  Dapur adalah sumber benih yang paling dekat.  Antara pokok boleh diperolehi dari dapur termasuk yang berikut.

1. Bawang.  Sekiranya ia mula bertunas, bawang tersebut tidak lagi mampat dan kurang enak dimakan.  Anda boleh semai pokok bawang menggunakan bawang yang telah bertunas.  Bawang sesuai ditanam dalam bekas.  Daun bawang sesuai dijadikan garnish dan untuk dicampur dalam ramuan jemput-jemput bawang.
2. Kentang.  Kentang yang telah bertunas juga kurang enak dimakan kerana struktur ubinya mula berubah.  Kentang (ubi) yang bertunas boleh disemai.  Anda boleh gunakan beg hijau yang dijual di pusat membeli belah kerana beg ini dalam dan sesuai diisi tanah yang kawa dengan organik.  Apabila pokok mula bebrbunga, ubi yang tumbuh sesuai dituai.  Anda cuma perlu tuang tanah dari beg dan kutip ubi kentang yang fresh.  Ia sesuai direbus dan dicampur ke dalam salad.
3.  Keledek.  Kadangkala, keledek yang anda beli dipasaraya juga mula bertunas.  Tanam ubi tersebut sebagaimana anda menanam kentang.  Daun ubi keledek enak dijadikan sayur.
4. Kacang hijau.  Kacang hijau jika disemai boleh dibuat taugeh.  Anda dapat tuai selepas 4 hari disemai.  Anda tidak perlukan pasu.  Mana-mana bekas yang kalis air sesuai digunakan.  Anda cuma perlu basahkan biji kacang.  Jangan biarkan air bertakung kerana ini akan menyebabkan kacang menjadi busuk.
5.  Halia dan lengkuas.  Perhatikan rizom halia dan lengkuas.  Jika ia bertunas, anda boleh semai di atas tanah atau dalam bekas yang besar.
6.  Tomato.  Anda boleh pilih tomato yang ranum, keluarkan benihnya dan keringkan menggunakan tisu dapur (kitchen towel).  semai benih seperti biasa.
7. Cili.  Anda boleh pilih cili yang ranum, keluarkan benihnya dan semai seperti biasa.  Anda juga boleh gunakan benih dari cili kering. 
8.  Betik.  Anda boleh tanam betik dari biji yang anda kutip dari buah yang ranum.  Pilih buah sebagaimana yang anda idamkan, keluarkan biji dan keringkan terlebih dahulu.  Kemudian semai seperti biasa.
8. Cekur manis.  Anda boleh tanam cekur manis dengan mencucuk batang cekur manis ke dalam tanah.

Khamis, 26 Mei 2011

Pencakar

Pencakar lazimnya berbentuk seperti garpu besar. Pencakar amat berguna untuk menyapu daun kering, rumpai atau rumput yang telah dipotong.Jejari ada pencakar jenis ini mudah melentur bila ditekan.  ia tidak sesuai digunakan untuk menggaul atau meratakan tanah.

Rabu, 25 Mei 2011

Penyiram

Penyiram (bekas air) digunakan untuk mengisi air untuk menyiram pokok.  Muncung penyiram lazimnya mengandungi banyak lubang halus bertujuan untuk mengurangkan jumlah air yang keluar supaya tidak merosakkan pokok yang kecil atau cambahan.  Jangan gunakan bekas penyiram sebagai bekas racun rumpai atau herbisid.  Jika anda gunakan racun rumpai atau herbasid, gunakan bekas yang berasingan.

Cangkul

Cangkul adalah alatan yang digunakan untuk menggembur tanah, membuat batas dan menggali lubang.  Ada yang berpendapat menyangkul adalah cara yang elok untuk exercise.  Ini mungkin benar bagi anak muda.  Untuk rakan yang berumur, perlu berhati-hati kerana aktiviti menyangkul boleh mencederakan bahagian bawah tulang belakang.  Ini kerana anda perlu membongkok sedikit ketika menyangkul.

Ketika menyangkul untuk membuat, menyangkul bermula dari depan dan undur hingga ke hujung batas. Ini dapat mengelakkan dari memijak tanah yang telah digemburkan dan memampatkannya semula. 



 Jika ada tanah yang luas, elok gunakan rotary tiller atau traktor dan pembajak.

Selasa, 24 Mei 2011

Menanam Herba

Tanam herba sendiri ada banyak manfaat.  Jika rakan-rakan masak sendiri, penggunaan herba dalam masakan pasti akan menghasilkan masakan yang lebih enak.  Jadi, dalam blog tanam sendiri, apabila saya nyatakan herba, masksud saya ialah pokok yang digunakan sebagai perisa makanan.
Herba tidak sukar untuk ditanam dan mudah dijaga.  Cuma, herba perlukan cahaya matahari yang banyak dan tanah dengan saliran yang elok.
Antara herba yang ditanam termasuk daun sadri, kemangin, selasih, daun salam, kucai, ketumbar, bawang putih,  oregano, pudina, rosemary, sage, tarragon, oregano, bangun-bangun, stevia, limau purut, kari dan serai.  Kenyakan tanaman yang dinyatakan boleh ditanam dengan mencucuk tang ke dalam tanah, melalui benih atau menanam bahagian bebawang.
Semua gambar yang dipamerkan ditanam di tepi rumah.  Herba juga sesuai ditanam dalam bekas untuk mengharumkan rumah. 

Pudina enak dimakan sebagai ulam bersama sambal cili, dibuat sambal dan dimakan bersama roti naan atau dibuat sirap.  Pokok ini mudah disemai dari keratan.
Daun kari enak dijadikan perisa daging goreng.
Rosemary harum dan memang enak dijadikan perisa ketika panggang kambing.


Tarragon sedap disapu pada ikan goreng.

Isnin, 23 Mei 2011

Stok Benih

Stok benih roselle masih banyak dalam simpanan.  Benih percuma untuk bulan ini ialah sawi hong kong.

Cuma benih kangkung sudah kurang bernas, kadar percambahan sudah berkurang.  Hanya 40% dari benih yang disemai bercambah.  Benih tersebut akan diganti dengan batch yang baru.  Rakan-rakan yang memesan benih kangkung harap bersabar.  Benih akan dikirim dalam masa seminggu (30 Mei 2011), iaitu selepas saya mendapat benih yang baru.

Mutu kadar percambahan benih lain tiada masalah.  Stok benih disimpan dalam peti sejuk untuk mempastikan kualiti benih tidak berkurang.

Isnin, 16 Mei 2011

Gambar Hari Ini -- Bunga Roselle

Roselle, cantik kalau ditanam dalam pasu untuk hiasan.

Benih roselle boleh diperolehi dari tanamsendiri.com melalui link ini.

Gambar Hari Ini -- Salad Selada (Summer Green, baka f1, 2288)

Kalau minat makan salad, cuba variety ini.  Rangup, segar, manis dan tidak diganggu makhluk perosak.

Selada Loose Leaf Summer Green, baka f1, 2288 selepas 4 minggu dialih.

Ahad, 15 Mei 2011

Semaian Baru -- Ketumbar

Ketumbar, dari baka 506

Hari Ini...

Rumpai dah mula tumbuh lebih tinggi dari sayur, terutamanya lalang, semalu, dokong anak dan mamam hantu.  Kehadiran rumpai kurang elok kerana akan menjadi perumah kepada makhluk perosak, terutamanya lalat putih, ulat bulu dan ulat beluncas.  Sayur juga mula berbunga (bolting) kerana cuaca yang terlalu panas sepanjang minggu.  Daun sayur yang terhasil menjadi lebih kecil dan sayur mempunyai lebih serat.  Bukan semua tak elok bila cuaca panas.  Markisa, buah delima, bidara dan kemunting juga mula berbunga berbuah dengan lebat.
Hari ini ada masa terluang sedikit, jadi ada masa  untuk "bermain" di laman rumah.

Niat hari ini, akan:
1. Buang rumpai dan sayur yang berbunga.
2. Cabut pokok kacang botor yang dah kurang menghasilkan buah.
3. Timbus asas cili dengan tanah organik.
4. Bina batas baru untuk ditanam sayur sawi pak choy, sawi hongkong, kobis cina.
5. Alih semaian salad hawaii, roselle dan bendi singa.
6. Propagate markisa, lemon balm dan stevia.
7. Pasang perangkap lalat buah.

Sempat ke buat semua ni?  Semua secara manual.

Lalang, kacang litup bumi dan selon mengambil alih patch herba, mencuri ruang tarragon dan rosemary.


Keledek, semalu dan lalang telah mengambil alih batas bendi dan kacang panjang.
Patch cili juga diserang rumpai.

Isnin, 9 Mei 2011

Khasiat Bendi

Apabila dimasak, bendiakan keluarkan lendir yang berupaya memekatkan sup dan lauk.  Lendir tersebut adalah terdiri dari pektin dan larutan serat.Pektin membantu merendahkan aras kolesterol dalam darah dengan mengganggu penyerapan hempedu dalam usus dan memaksa hati menghasilkan lebih banyak hempedu menggunakan kolesterol. Laritan serat pula membantu melawaskan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.

Tunggu apa lagi, jom tanam bendi dan amalkan makan bendi.  Ia baik untuk kesihatan anda.

Bendi baka Singa

Tuaian Hari Ini -- Kacang Bendi

Bendi singa

Makhluk Perosak -- Ulat

Ulat beluncas cuba meratah buah kacang bendi.

Rabu, 4 Mei 2011

Semaian Salad Diratah Siput

Akhir-akhir ini hujan turun setiap petang. Bukan suatu yang tak elok. Ia suatu yang elok sebab awal pagi tak perlu lagi menyiram. Bangun pagi ni, perasan separuh dari semaian salad selada tinggal tunggul. Makhluk mana pula yang tak sabar nak kongsi salad yang rangup tu. Tiba-tiba ternampak seketul tinja siput babi di dinding pasu. Angkat pasu, tiga ekor siput babi yang kenyang sedang lena. Siput babi memang senang membiak musim hujan.
Kali ni kena tabur kulit telur sekeliling pasu kira-kira 1 inci lebar (~3 cm) supaya siput babi tidak dapat merayap ke pasu untuk meratah semaian.
Cara lain untuk elakkan siput babi termasuk menabur pellet siput (racun siput) dan meletakkan gelang tembaga.  Gelang tembaga bertindak seperti pagar elektrik apabila lendir siput bertindak balas dengan tembaga yang akan stunt siput apabila ia cuba memanjat.  Siput akan tersentak dan tidak akan merayap ke atas gelang tersebut.

Gelang tembaga digunakan sebagai dinding siput dan lintah bulan.  (Sumber: The Garderner's Year)

Isnin, 2 Mei 2011

Tuaian Hari Ini -- Roselle

Tuaian dari satu baris pokok. Bolehlah buat, jus. Kelopak, buat jem.
Benih batch baru boleh diperolehi sekarang.  Benih batch ini jika ditanam segera akan bercambah dalam masa 48 jam.

Roselle


Pokok roselle, buah boleh dituai setiap minggu.  Buahnya memang lebat.

Roselle, cantik kalau ditanam dalam pasu untuk hiasan.

Kelopak roselle dimasak untuk dilembutkan dan dibuat jem (dimasak).  Rasanya.... memang sedap.

Syrup roselle dalam proses.  Cukup bekalan untuk sarapan dan minum petang.  Memang enak.
Benih batch baru ada dan sedia untuk dipesan.  Jangan ketinggalan.  Roselle tumbuh elok dalam pasu.

Benih Roselle

Cambahan rosel selepas 3 hari disemai, 14 dari 16 benih yang disemai bercambah.

Benih roselle boleh diperolehi dari tanamsendiri.com melalui link ini.

Benih Untuk Dikongsi -- Sawi Hong Kong

Benih untuk dikongsi pada bulan Mei 2011 ialah Sawi Hong Kong. Kami telah sediakan 100 pek benih sawi jenis "Hong Kong" untuk diedarkan secara percuma. Pada rakan pengunjung yang inginkan benih tersebut, sila emel nama dan alamat penerima ke [email protected] atau melalui ulasan pada posting ini. :)

Benih Sawi Hong Kong


Sawi sedia untuk dituai.

Ahad, 1 Mei 2011

Gambar Hari Ini -- Sawi

Sawi, sedia untuk dituai.

Sawi dalam gambar ini adalah batch terakhir yang disemai sebulan lalu. Tiba waktunya untuk menyemai batch yang baru.