Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 11 Mac 2011

Tentang Menanam Salad

Salad ada berbagai jenis.  Asasnya, ada empat jenis salad utama.  Tiga jenis adalah yang membentuk jantung, atau kepala di bahagian tengah pokok.
1. Butterhead membentuk jantung yang bulat dan lembut dengan daun yang  berkedut.
2. Cos dan semicos membentuk jantung yang bujur dengan daun yang panjang dan rangup.
3. Crisphead mempunyai jantung yang bulat dengan daun yang rangup.
4. Loose leaf tidak membentuk jantung.  Jenis ini boleh ditanam untuk kerat dan tumbuh semula.

Salad mudah ditanam jika anda semai terus ke atas tanah.  Saya perhatikan, banyak saad mati selepas di alih jika mengalih di waktu pagi kerana salad yang baru dialih tidak tahan panas.  Jika perlu alih, lakukan di sebelah petang.  Jangan tanam sekali gus.  Tanam secara sedikit sedikit dalam suatu sela masa supaya anda dapat tuai daun salad secara berterusan.

Saya gemarkan salad cina kerana ia tahan penyakit.  Bagaimanapun salad cina yang mendapat terlalu banyak cahaya matahari bergetah dan pahit rasanya.  Salad ini adalah dari jenis loose leaf.  Ada buku yang syorkan salad dari variety Summer Green.  Jika rakan-rakan ingin cuba, bulan Mac ini saya edarkan benih salad cina secara percuma.  Benih salad Hawaii dan Loose leaf summergreen (Selada) juga ada dijual.

Salad cina adalah dari jenis loose leaf yang sesuai untuk kerat dan tumbuh semula.  Gambar menunjukkan salad berumur 1 bulan.


Salad Hawaii adalah dari jenis semi cos yang membentuk jantung bujur.  Gambar menunjukkan salad berumur 2 minggu.

Salad Hawaii berumur 4 minggu ditanam dalam pasu.

About Planting Lettuce
Basically there are four main types of lettuces. Three of the main types produce heart-shaped center.

1. Butterhead types produces soft round heart-shape with crikled leaves.
2. Cos and semicos contains a long conical head.
3. Crisphead consists of tight, crisp, dense head.
4. Loose leaf does not contain a heart. You may harvest the whole plant or cut the leaves using cut and comeback technique. 

It is easy to plant lettuce if you plant straight in the soil. If you need to transplant lettuce, do it in the evening to avoid scorching heat during the mid day. Do not plant the whole batch at one time. Plant batch by batch to ensure continuous lettuce supply.

I like Chinese Lettuce because it easily can withstand plant diseases. However, the plant produces bitter-tasting latex if planted in direct sunlight. Blanch the plant at least one week before harvesting by placing the plant away form direct sunlight.

2 ulasan:

  1. nak tanya, kalau tanam dlm pasu, trima cahaya matahari direct pg smp ptg, salad apa yg sesuai ditanam? x berani tanam , takut pokok x thn... tolong... tq...

    BalasPadam
  2. Saya tanam tiga jenis salad, salad cina, salad hawaii dan salad selada summer green. Ketiga-tiganya tahan panas dan sememangnya perlukan banyak cahaya matahari. Cuma apabila dah sedia untuk dituai, alih pasu dari matahari supaya rasa salad kurang pahit.
    Yang penting, tanah yang digunakan biar kaya dengan organik dan tidak mampat. Tanah biar cukup air tetapi jangan sampai bertakung. Kalau tanah kering untuk beberapa hari, salat akan mula berbunga dan daun tidak lagi besar.

    BalasPadam