Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 11 Mac 2011

Tanam Sendiri -- Kacang Panjang, Vigna sesquipedalis

Kacang panjang adalah sangat popular di kalangan malaysia.  Kacang muda yang berzat dimakan mentah sebagai ulam.  Kacang panjang berasal dari Mexico, Amerika Selatan dan Cina.  ia di tanam di kawasan rata dan di dataran tinggi sehingga 1000 meter dari aras laut.

Kacang panjang perlukan tanah yang lembap dengan saliran yang baik, kaya dengan organik dan digembur.  Tanah yang teralu berasid tidak sesuai kerana akan membunuh bakteria pengikat nitrogen yang hidup dalam akar pokok kacang.

Pokok kacang panjang adalah pemanjat dengan melilit.

Membaja
Gunakan baja yang kaya dengan organik.  Gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menyemai. 

Menyemai
Semai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm.  semai 2 biji dalam satu lubang.  Selepas dua minggu, buang anak pokok yang lebih kecil.


Menyiram
Pokok memerlukan banyak air terutamanya 10 hari pertama selepas menyemai.  Bagaimanapun, jangan biarkan air bertakung.  Untuk kekalkan lembapan tanah, tutup tanah dengan lalang atau jerami padi.

Merumput 
Merumput secara manual apabila rumpai mulai tumbuh untuk mengelakkan persaingan baja.
 
Mencacak kayu
Pokok kacang panjang adalah pokok memanjat.  Anda perlu gunakan kayu atau ranting pokok memanjat. 


Haiwan Perosak
Haiwan perosak utama pokok kacang panjang ialah lalat kacang (Agromyza phaseoli) yang mengorek batang dan memakan daun.  Ulat bulu juga suka memakan daun pokok kacang panjang. 

Menuai
 Buah dapat dituai selepas 6 atau 7 minggu menyemai.






Tanam dalam bekas
Sekiranya anda ingin tanam kacang panjang dalam bekas, terdapat pokok jenis renek dan tidak memanjat. Saya pernah membeli benih tersebut dari MARDI ketika MAHA2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan